Sabtu, 13 Oktober 2012

Quranpedia: Mutasyaabihat vs Ma-Tasyabaha-Minhu

Qur'analyst dan Pengarang: Khalid Yong.  khalidyong@gmail.com

Pendahuluan

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT serta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seluruh ahli keluarga baginda, sekalian nabi dan rasul, para sahabat, para tabiin, taabik taabiin, para mujahid, alim-ulama, guru/ustaz, dan seluruh muslimin dan muslimat.



Dengan izin Allah SWT kita dapat berjumpa lagi. Alhamdulillah kita telah selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan, tahun 1433H ini adalah Ramadhan ke-5 saya merayakan "cabang baru" ilmu iaitu metod mengkaji ayat-ayat Al-Quran dari perspektif ICT, dari perspektif " perhubung-kaitan" (semantic net), perspektif "perjalinan" (web technology), dari perspektif "penukar-gantian ulang" (recursive), dari perspektif "muhkam/mutasyaabih" (knowledge base),  atau apa yang para alim ulama panggil metod "Al-Quran bi Al-Quran" (QbQ), atau apa yang Allah SWT namakan buku "Al-Quran".

Yang sebenarnya "cabang baru" ilmu ini bukanlah benda baru, konsep dan pendekatannya sudah dijelaskan di dalam Al-Quran sejak 1,400 tahun yang lampau, cuma umat Islam tidak memberi perhatian sehinggalah Barat mencipta teknologi komputer dan ICT. Sekiranya umat Islam benar-benar mengkaji dan mendalami Al-Quran sepenuhnya, maka saya yakin merekalah yang menjadi peneraju bidang komputer dan ICT.

Sekiranya kita yakin Al-Quran menjelaskan segala perkara, yakin Al-Quran dapat mengeluarkan umat Islam dari kegelapan kepada cahaya, maka sudah tentu kita akan menyambut baik arahan Mahathir (PM Malaysia ke-4) supaya Al-Quran ditafsir semula kerana ianya dapat mengeluarkan 10 lautan-dakwat ilmu yang akan menjadikan umat Islam "khaira ummatin", bukannya umat yang hina-dina seperti yang berlaku pada hari ini. Sudah tentu mereka akan menyambut baik dan bekerja bersungguh untuk menjayakan "Islamization of Knowledge" (IoK) sebab terdapat nas Al-Quran yang jelas melarang umat Islam menerima-pakai ilmu-ilmu Barat tanpa melalui proses pemurnian. 



Alim Ulama Musuh Utama Pemurnian Ilmu?

Prof. Dr. Syed Naquib Al-Attas dalam ucaptama di Seminar Kebangsaan Pendidikan Islam 1998 di UIA mengatakan "the greatest enemy of Islamization of Knowledge agenda is not the Western scholars but Muslim intellectuals themselves". Syed Naquib mungkin kecewa sebab setelah 20 tahun memperkenalkan konsep "IoK" namun tidak mendapat sambutan dari para alim ulama, masih tidak ada satu ilmu pun yang telah diislamkan.

Persoalannya kenapa para alim ulama di ISTAC, di mana Syed Naquib telah diberi "free hand" untuk berbuat apa saja, tidak bekerja-keras menjayakan "IoK"? Adakah para alim ulama benar-benar musuh ilmu atau mereka ini jenis "ketam Melayu" (mahu dia sorang saja yang berjaya dan akan menjadi resah-gelisah kalau nampak orang lain lebih berjaya, kemudian sanggup berhempas-pulas menjatuhkannya), atau para alim ulama itu sendiri yang bodoh, yang tolol, yang tidak alim, yang juhalak, yang tidak faham dan tidak ambil kesah tentang konsep dan proses "IoK"? Atau memang "IoK" sudah pun berjaya tetapi saja tidak diketengahkan? 

Kalau "IoK" sudah berjaya, kenapa peranan ISTAC tidak menonjol dalam "blueprint" pendidikan 2013-2025? Takkan TS Muhyiddin yang terkenal dengan "kuat agama" mahu mengenepikan "IoK"/ISTAC? Kalau "IoK" berjaya takkan ISTAC tidak keluarkan standard atau piawai sistem pendidikan Islam (PSPI), takkan 100% guna PISA dan TIMSS tanpa sebarang proses pemurnian, tanpa proses "islamization"?



Al-Quran menjelaskan dengan mendalam lagi terperinci bagaimana manusia dijadikan, bagaimana otak bekerja, perangai dan sifat manusia seperti pengaruh leher (thyroid/endcrine system), pengaruh hati (liver/digestive system), tentang pentingnya sistem sekolah berasrama, pentingnya pengujian bebas, dan sebagainya. Sekiranya PSPI diambil kira, sudah tentu kerajaan boleh menyerap (absorb) beribu-ribu jururawat yang sedang menganggur sebab ianya adalah salah satu syarat penting dalam sistem pendidikan Islam? 




Bid'ah vs Soleh

Atau adakah sebab "IoK" tidak ada pada zaman Nabi SAW maka ianya satu perbuatan bid'ah yang menyebabkan para alim ulama menjauhinya? Ada ke konsep bid'ah ini dalam Qur'an? Kalau ada kenapa Allah SWT menyuruh manusia sentiasa melakukan penambah-baikan, sentiasa melakukan "amalan solehan"? Tidakkah konsep soleh bertentangan dengan konsep bid'ah? Tidakkah konsep soleh itu bermakna harus sentiasa kreatif dan inovatif untuk mencipta benda-benda baru, membina rekaan baru, rekaan yang akan menambah-baik lagi keadaan, menjadi umat Islam sentiasa terkehadapan, sentiasa menjadi umat terbaik, "khaira ummatin". 




Setelah menjelaskan bahwa umat Nabi Muhammad SAW adalah sebaik-baik umat, Allah SWT menyatakan sesiapa yang ingin masuk syurga 1st kelas, syurga firdaus dan bertemu denganNya maka mereka mestilah melakukan "amalan solehan", lihat pada surah Al-Kahfi 18:110 (ayat di bawah). Allah tidak sebut pun tentang bid'ah, tentang pengharaman mengadakan benda-benda baru!




Pada ayat 18:110 Allah SWT memberi "clue" kepada manusia bagaimana untuk bertemuNya diakhirat nanti iaitu dengan melakukan pekerjaan soleh, melakukan penambah-baikkan, melakukan kaizen atau continuous improvement.  


Konsep dan Kahendak "Amalan Solehan" dan Quranomi

Pada ayat Sabak 34:11 Allah SWT menerangkan contoh amalan soleh iaitu seperti membuat baju besi atau baju pertahanan perang dan ukurlah atau tentukanlah kekuatan jalinannya (untuk memastikan baju pertahanan perang sentiasa relevan dengan masa dan keadaan, sentiasa lebih baik dari senjata lawan, sentiasa dilakukan penambah-baikkan. Bukannya asyik guna baju perang yang sama saja dari dulu, sekarang, dan selamanya). Al-Quran tidak melarang melakukan perkara-perkara baru, perkara-parkara bid'ah.




Allah SWT tidak katapun pakailah pakaian perang seperti yang Nabi SAW pakai supaya nanti dapat masuk syurga, dan kalau guna pakaian perang baru akan masuk neraka. Sebaliknya Allah SWT menyuruh umat Islam sentiasa kreatif dan inovatif merekacipta pakaian pertahanan yang lebih hebat dari musuh. 

Sekiranya ayat 34:11 ini dibaca, dihubung-kaitkan (diQur'ankan) dengan ayat At-Taubah 9:36, maka akan menjadi kewajiban kepada umat Islam supaya sentiasa terkehadapan, sentiasa kreatif dan inovatif, sentiasa lebih advance, lebih maju dari musuh-musuh Allah.   




Misalnya di Malaysia terdapat banyak pokok-pokok buluh, sekiranya dibakar, dijadikan arang, dan arang ini (melalui proses nanotek dan biotek) dijalin, ditenung ke dalam pakaian akan menjadi baju keselamatan, baju pertahanan sebab arang buluh (bamboo charcoal) dapat mengeluarkan gelombang "far infrared" yang dapat menutralisasikan, dapat mengharmonikan pencemaran pancaran gelombang mikrowave.

Tidakkah Al-Quran menjelaskan ilmu yang hebat-hebat? Tidakkah Al-Quran dapat menjana sumber ekonomi baru, Quranomi?


"Soleh" Sentiasa Terkehadapan

Sekiranya umat Islam mengaplikasikan 2 ayat ini sahaja (34:11 dan 9:36), maka JAKIM yang ada pada hari ini akan bertukar wajah. Sudah tentu JAKIM akan bekerjasama atau mengambil-alih MSC (MDec) sebab terlalu banyak benda hi-tek yang mesti dibuat untuk menyelamatkan umat Islam dari pelbagai serangan, dan untuk menyerang balik musuh menggunakan teknologi yang sama hebat (atau lebih hebat) dari musuh (apabila diserang).

Ayat 9:36 tidak menyuruh umat Islam menyerang orang-orang bukan Islam, tetapi suruh memastikan supaya umat Islam sentiasa ada kekuatan yang sama hebat dengan musuh-musuhnya.  Oleh kerana umat Islam tidak tahu kekuatan orang-orang bukan Islam, tidak tahu apa yang mereka ada, tidak ada data dan statistik tentang kekuatan dan kelemahan musuh, maka bagaimana mungkin kita hendak menyerang balas dengan kekuatan yang sama? Kita lihat sekarang mereka menyerang umat Islam dengan roket tapi kita hanya membalas dengan membaling batu!




Yang lebih penting, adakah kita tahu yang kita ini sedang diserang dengan gelombang mikro, diserang dengan subliminal teknik, diserang dengan pemikiran induktif, dan sebagainya? Adakah kita menyerang balas seperti yang dikahendaki pada ayat 9:36 (di bawah ini), adakah kita menyediakan pakaian keselamatan seperti yang dikahendaki pada ayat 34:11? Adakah kita sudah melakukan amalan solehan, amalan penambah-baikkan?




Amalan solehan bukannya bererti melakukan kerja-kerja amal kebajikan (charity works), seperti kutip sampah tepi jalan, pimpin orang buta melintas jalan, pungut derma dari rumah ke-rumah dan sebagainya. Amal kebajikkan seperti ini hanyalah 1% dari amal soleh, 99% lagi ialah  penambah-baikkan (menambah-baik kepada apa yang sudah baik agar jadi terbaik, terbest, "khaira ummatin").


"Soleh" Adalah Jatidiri bukannya Pilihan

Pada ayat Fussilat 41:33 Allah SWT mengatakan bahawa menjadi orang soleh bukanlah satu pilihan, malah menjadi kewajipan kepada orang-orang yang mengaku dirinya orang Islam. Oleh yang demikian adalah salah, adalah tidak betul untuk bercita-cita  menjadi orang soleh, sebab samada bercita-cita atau tidak, samada suka atau tidak, setiap orang Islam "wajib" menjadi soleh, wajib melakukan pekerjaan soleh, pekerjaan penambah-baikkan. "Soleh" is a journey not a destination ("Soleh" adalah pengembaraan setiap hari, bukannya destinasi tempat tujuan).



Seharusnya bagi setiap orang Islam apabila saja celik mata (bangun pagi) mesti berfikir apa yang hendak disolehkan, apa yang hendak ditambah-baikkan. Kalau kita belum tahu bahasa Arab dan kemudian pergi belajar bahasa Arab, maka itu pekerjaan soleh namanya sebab ianya akan menambah-baik diri kita sendiri, menambah-baik kekhusyukan solat kita. Kalau kita masih menganggur dan sentiasa berusaha mencari pekerjaan, itupun dinamakan soleh (maksudnya mencari pekerjaan yang halal dan baik-baik).

Kalau kita tidak pernah membantu ibu-ayah, dan kita berusaha untuk membantu mereka, itupun adalah amalan soleh, amalan penambah-baikkan. Terlalu banyak benda yang boleh disolehkan, yang boleh ditambah-baik, setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun tentu ada saja benda yang boleh kita solehkan. "Soleh" is a journey not a final destination!

Maka "soleh" adalah salahsatu antara PSPI (piawai sistem pendidikan Islam) yang terpenting, bukannya "kualiti" seperti dalam "blueprint" pendidikan 2013-2025. Begitu juga dengan GTP, dalam Islam tidak ada "transformasi", tidak ada minda tajdid, yang ada hanyalah "soleh". Konsep "soleh" adalah amat kuat dan bertenaga sebab itu ianya mampu meletakkan negara Amerika Syarikat dan Jepun sebagainya kuasa besar dunia, sebagai khalifah.



"Jump the Gun"

Kembali kepada topik perbincangan kita "Mutasyaabihat vs Matasyaabaha".  Topik ini amat penting, dan jangan dianggap mudah. Pada pendapat saya sesetengah alim ulama menentang sangat "Islamization of Knowledge", menentang sangat penterjemahan semula Al-Quran sebab mereka tidak faham konsep dan kahendak ayat-ayat mutasyaabihat dari perspektif "Al-Quran dan ICT" (mereka faham dari perspektif lain, cuma dari sudut ICT saja yang mereka kabur).

Perhatikan dua perkataan ini: "Mutasyabihat" dan "Ma-Tasyabaha-minhu" yang terdapat pada ayat Ali-Imram 3:7. Kekeliruan timbul sebab bunyinya hampir sama: "mutasyabiha" dan "matasyabaha". Namun nahu, struktur, konsep dan kahendaknya amat jauh berbeza. 




Kalimah "mutasyaabihat" (petak hijau) ialah untuk memberitahu manusia bahwa sesetengah ayat-ayat Al-Quran ini adalah dalam bentuk "seakan-akan sama atau serupa", maksudnya dalam bentuk "usul" (proposition). Ia bukannya bermakna ayat-ayat yang kabur dan samar-samar, bukannya bermakna Al-Quran mengandungi banyak kekaburan dan kesamaran.

Sementara "ma-tasyaabaha-minhu" (bulatan merah) adalah satu frasa untuk memberitahu manusia bahwa terdapat batas, had, limit, terdapat syarat dan "boundary", terdapat perkara-perkara yang tidak boleh dibuat manusia iaitu "jangan ikut apa yang Allah samakan denganNya". Misalnya Allah kata Dia guna tangan untuk membuat manusia, maka jangan kita ikut, jangan kita fikir Allah itu ada tangan. Ini hadnya, ini limitnya, ini batasnya, ini sempadannya. 

"Ma-tasyaabaha-min-hu" adalah satu frasa (4 perkataan) bukannya satu perkataan seperti "Mutasyabihat". Apabila kita baca saja frasa ini kita mestilah gabungkan terus dengan ayat 42:11 yang bermakna "Allah tidak menyerupai apa-apa sesuatu" dan ayat 6:103 "manusia tidak termampu untuk membuat gambaran tentang Allah".

Kita jangan buang masa dan tenaga cuba-cuba memikirkan wajah Allah, tangan Allah, jari-jemari Allah dan sebagainya sebab dalam ayat 42:11 Allah tidak sama dengan makhlukNya, dan ayat 6:103 manusia tidak mampu nak buat gambaran tentang Allah. Yang perlu kita fikirkan ialah makna mutasyaabihat, makna konsep, makna usul (proposition).

Ayat Ali-Imran 3:7 ini adalah antara "kunci-kunci ghaib" (mafatihul ghaib) yang menjelaskan teknik dan metodologi bagaimana Al-Quran boleh menjelaskan segala sesuatu, menjelaskan dengan mendalam lagi terperinci.

 
Al-Quran Menjelaskan Segala Sesuatu

Kaedah menggunakan makna "usul" (propositional logic), dan kaedah rekursif antara "kitab muhkamat" dan "kitab mutasyaabihat yang diulang-ulang" ini adalah antara rahsia kebijaksanaan dan kehebatan Al-Quran menjelaskan segala sesuatu dengan terperinci lagi mendalam. Ianya untuk membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah SWT, membenarkan janji-janji Allah bahwa kitab Al-Quran mengandungi 10 lautan-dakwat ilmu.

Konsep penjanaan ilmu seperti ini telah diaplikasikan oleh ICTist (pakar-pakar komputer) Barat seperti dalam "artificial intelligence", "knowlege base", "semantic web", dan sebagainya. 
Begitu juga dengan Quranpedia (dan AMD-RDBMS) yang ingin saya bangunkan adalah berlandaskan kepada konsep dan kahendak ayat 3:11, 11:1, dan 39:23 ini, bukannya dari kepala otak saya sendiri.

Saya tidak kata ianya kerja mudah, sudah tentu ianya amat rumit dan memeningkan kepala, Tetapi sekiranya ianya berjaya, 1 bilion manusia netizen dalam cyberspace akan mendapat dakwah Islamiyyah, dakwah Al-Quran. 1 juta para saintis Barat dan Timur akan mendapat manfaat dari Quranpedia sebab AL-Quran menjelaskan segala perkara.  

Walaupun terpaksa berbelanja beberapa juta (untuk membina Quranpedia), tetapi hasilnya mungkin lebih baik dari fermilab di USA atau CERN hadron collider di eropah (yang menelan belanja beratus ribu juta ringgit). CERN dan Fermilab hanya boleh melihat metafizik, benda-benda yang ada fizik sahaja, sedangkan Al-Quran boleh "melihat" benda-benda yang ghaib, yang tidak ada fizik, tidak ada atom, tidak ada foton, tidak ada nutrino, quart, dan sebagainya.

Oleh yang demikian cubalah fikir dengan mendalam (dan ikhlas kerana Allah SWT), samada Al-Quran menjelaskan segala perkara (tentang hukum dan peraturan alam). Hanya yang tidak dijelaskan oleh Al-Quran ialah tentang "rupa-paras", "bentuk", dan "asal-usul" Allah SWT, lain dari itu semuanya dijelaskan, semuanya boleh dibayangkan, semuanya boleh dibuat usul. Dan ini dijelaskan "ibtigha alfitnah wab tigha atakwiilihi" (untuk membuat fitnah (tuduhan) dan mencari takwil (asal-usul) Allah SWT". 


"Hudan" (Petunjuk) Terdapat Dalam Ayat-ayat Mutasyaabihat



Lihat pada ayat Az-Zumar 39:23, Allah SWT menjelaskan ayat-ayat mutasyaabihat adalah sebaik-baik perkataan atau percakapan atau perbualan, maksudnya sebaik-baik "usul" (proposition) di mana ianya mengandungi petunjuk dan hidayah untuk mengeluarkan umat Islam dari gelap-gelita, dari kebodohan dan kejahilan, kepada cahaya, kepada ketamaddunan yang tinggi, kepada keilmuan yang benar untuk mengenal dan meyakini keesaan dan kekuasaan Allah SWT.




Lihat sambungan pada ayat Az-Zumar 39:23, di mana Allah SWT menjelaskan bahwa ayat-ayat mutasyaabihat, ayat-ayat yang nampak serupa lagi diulang-ulang inilah yang mengandungi petunjuk, yang mengandungi ilmu-ilmu baru, ilmu-ilmu yang belum diketahui manusia.

Oleh yang demikian kita janganlah pulak gatal mulut mengatakan ayat-ayat mutasyabihat adalah ayat- yang samar-samar, yang kabur, yang kelabu asap, ayat-ayat untuk menguji keimanan orang Islam, ayat-ayat yang harus ditinggalkan, yang tidak boleh dikaji sebab takut akan sesat dan masuk neraka.


Ulang Sekali Lagi

Sekali lagi saya salin ayat 3:7, renung ayat ini baik-baik. Saya ambil masa lebih dari 4 tahun mengkaji ayat ini. Sesiapa yang bercita-cita untuk membina Quranpedia mesti faham konsep dan kahendak ayat ini. Ayat ini tidak boleh dikaji secara bersendirian mestilah dihubung-kaitkan, mestilah diQur'ankan, mesti dikaji secara "Al-Quran bi Al-Quran" dengan beberapa ayat lain seperti ayat 6:103, 42:11, 11:1, 39:23, 6:59, 16:89, 17:12, dan sebagainya..



"Mutasyaabihat" (dalam kotak hijau) bermakna ayat-ayat Al-Quran mempunyai makna "usul" (proposition), dan bukannya bermakna ayat yang samar-samar atau kabur. Sementara "ma-tasyaabaha-minhu" (mesti baca dengan "minhu", tidak boleh baca "matasyabaha" sahaja) bermakna "apa yang Allah SWT samakan/serupakan denganNya". Kita wajib percaya, wajib beriktiqad, wajib yakin bahwa "Allah SWT tidak sama dan tidak serupa dengan apa-apa makhlukNya", dan "tidak ada sebarang makhluk pun yang mampu membuat bayangan, yang mampu membuat gambaran tentang Allah SWT". 

Tujuan utama ayat-ayat "mutasyabihat" dan "ma-tashabaha-minhu" adalah untuk menjelaskan segala perkara (16:89), untuk menjelaskan dengan mendalam lagi terperinci (17:12), dan untuk menjelaskan batas pemikiran iaitu jangan buat sebarang gambaran tentang Allah SWT sebab Dia tidak serupa dengan makhlukNya.



Contoh Ayat

Kita tengok dulu contoh ayat yang dikategorikan sebagai ayat mutasyabihat. Antaranya ialah ayat Sad 38:75. Di dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan Dia menjadikan manusia dengan kedua tanganNya. Para alim ulama mengatakan ini adalah ayat mutasyabihat sebab "tangan Allah" itu tidak jelas. 

Oleh kerana ayat 3:7 tidak difahami dengan metod "Al-Quran bi Al-Quran" (QbQ) maka timbul banyak perdebatan dan perbalahan sehingga sampai "kafir-mengkafir".  Ada yang kata Allah bersifat seperti manusia cuma tangan Allah berlainan dari tangan manusia! Mereka kata kalau Allah tidak ada tangan bermakna Allah cacat!

Ayat "ma-tasyabaha-minhu" adalah ayat yang mana "Allah menyamakan sifat atau anggota manusia denganNya"Allah sekali-kali tidak ada tangan, tidak ada kaki, tidak ada mata, dan sebarang anggota: tidak menyerupai apa-apa makhlukNya. Allah menggunakan perkataan kedua tanganNya sebab untuk menjelaskan tentang pizoelektrik, tentang piroelektrik, dan sebagainya, bukannya untuk memberitahu manusia rupa bentuk Allah SWT!






Cuba fikir apa akan terjadi kalaulah ayat ini mengatakan manusia dibuat oleh tangan malaikat atau tangan jin (bukan dengan tangan Allah)? Sudah tentu akan ada ramai manusia yang menjadi syirik, yang akan menyembah malaikat atau jin, sebab malaikat dan jin yang membuat mereka. 

Kemudian akan timbul persoalan lain lagi, bagaimana rupa bentuk tangan jin dan malaikat sebab mereka dibuat dari api dan cahaya. Oleh yang demikan sudah tentu "tangan Allah" adalah yang terbaik sebab perkataan "tangan" sudah jelas dan perkataan "Allah" juga sudah jelas. Kemudian Allah menjelaskan lagi had dan batas untuk berfikir iaitu jangan cuba fikir-fikir, jangan cuba buat gambaran atau bayangan tentang tangan Allah sebab Dia tidak sama dengan sebarang makhluk. Allah jelaskan lagi jangan buat fitnah tentang Allah, dan jangan buat takwil yakni mencari asal-usul tentang Allah, samada Allah ada anak ke, Dia diperanakkan ke, dan sebagainya. 

Saya tahu konsep dan kahendak ayat-ayat "mutasyaabihat" ini agak sukar untuk diperjelaskan, saya harap saya telah mencuba yang terbaik. Maafkan saya sekiranya ianya kurang jelas, sekiranya ianya menjadi semakin kabur, semakin mengelirukan. Semoga Allah SWT membantu kita semua dalam memahami ilmu-ilmu Al-Quran ini.


Jangan Cari Fitnah dan Jangan Cari Asal Permulaan Allah (Takwil)

Di dalam ayat 3:7 ini Allah SWT menjelaskan jangan mencari-cari dan membuat sebarang fitnah terhadap Allah SWT, jangan pandai-pandai mereka-reka cerita tentang Allah SWT. Allah SWT tidak ada kaki, tidak ada tangan, tidak ada muka, tidak ada jari-jemari, dan sebagainya, Allah SWT tidak sekali-kali menyerupai apa-apa makhlukNya. Dan makhlukNya tidak mampu membuat apa-apa gambaran, apa-apa bayangan tentang Allah SWT.




Allah SWT mencegah manusia dari membuat fitnah, mereka-reka cerita tentang Allah, malah Allah melarang manusia mencari takwil, iaitu mencari asal-usul permulaan Allah SWT, mencari dari mana Allah datang, bagaimana Allah terjadi, dan sebagainya sebab Allah SWT bukannya makhluk, Dia tidak dijadikan tetapi Dia yang menjadikan semua makhluk.


Oleh yang demikian apa yang difahami sebagai ayat-ayat "mutasyabihat" (ayat-ayat yang samar-samar dan tidak jelas) yang sebenarnya merujuk kepada ayat-ayat "ma-tasyaba-minhu" iaitu ayat-ayat yang Allah SWT "serupakan sifat-sifat makhluk denganNya". Dan "mencari fitnah dan takwil" (dalam ayat di atas) bukannya merujuk kepada membuat fitnah dan mencari asal-usul ayat-ayat "mutasyabihat" tetapi kepada ayat-ayat "ma-tasyabaha-minu".

Ayat-ayat mutasyabihat semuanya jelas sama seperti ayat-ayat muhkam. Yang sebenarnya tidak ada yang tidak jelas dalam Al-Quran, semuanya jelas, semuanya mubin samada ayat-ayat "muhkamat", ayat-ayat "mutasyabihat", maupun ayat-ayat "ma-tasyabaha-minhu". Yang menjadi tidak jelas sebab manusia cuba berfikir diluar kudrat dan kemampuan mereka, sebab itu Allah menjelaskan lagi "orang-orang yang mendalam ilmunya akan berkata kami beriman dengannya". Orang-orang bijak-pandai tidak akan membahaskan tentang rupa-paras Allah dan tidak akan mencari-cari asal-usul permulaan (takwil) Allah. 


Kesimpulan

Allah SWT menjelaskan terdapat dua kategori ayat di dalam Al-Quran iaitu "muhkamat" dan "mutasyaabihat". Kedua-duanya jelas, mubin, dan tidak ada yang mengelirukan. 

Ayat-ayat "mutasyaabiha" bukannya ayat-ayat yang kabur, bukannya ayat-ayat yang mengelirukan, tetapi ayat-ayat yang jelas sama seperti ayat-ayat muhkamat.

Ayat-ayat mutasyabihat adalah ayat-ayat petunjuk kepada penjanaan ilmu, hukum, dan peraturan alam, "law of the universe", bukannya ayat-ayat yang kabur dan mengelirukan. Ayat-ayat mutasyaabihat mesti sentiasa dikaji, direnung, ditadabbur, bukannya dijauhkan, ditinggalkan, diketepikan. 

Yang menjadi kekeliruan sebab perkataan "mutasyaabiha" hampir sama dan serupa dengan "matasyabaha". Perkataan "matasyabaha" semestinya dibaca dengan lengkap iaitu "ma-tasyabaha-minhu" yang membawa makna "Apa yang Dia (Allah) samakan denganNya".

Yang menjadi kekeliruan dan kekaburan sebab manusia cuba membuat gambaran tentang Allah SWT. Ada yang kata kalau Allah sebut dalam Quran Dia ada tangan, maka Allah ada tanganlah, tapi tangan Allah tidak sama seperti tangan manusia. Berfahaman seperti ini pun tidak boleh sebab konsep tangan itu sendiri adalah makhluk.

Ayat-ayat yang mana Allah serupakan sifat manusia denganNya bukanlah bertujuan untuk mengelirukan atau menyesatkan manusia tetapi untuk menjelaskan segala perkara, untuk  menjelaskan dengan mendalam lagi terperinci. Kita wajib beritiqad bahwa Allah tidak menyerupai dengan apa jua makhlukNya, samada fizikal atau konsep, dan tidak ada makhluk yang mampu membuat gambaran tentang Allah SWT.  

Tujuan Allah SWT membuat gambaran dengan sifat-sifat manusia ialah untuk menjadikan Al-Quran kitab yang jelas, yang mudah difahami, untuk membolehkan manusia membuat gambaran tentang proses, hukum, dan peraturan alam, untuk membolehkan manusia mengeluarkan ilmu darinya. Bukannya untuk memberitahu Allah ada tangan, ada muka, bukannya untuk memberi gambaran tentang zat Allah SWT!

Manusia boleh membuat gambaran bahawa manusia dijadikan dari tanah dengan menggunakan dua belah tangan, tidak salah menggambarkan tanah itu digenggam, dipulas, dipicit-picit, ditepuk-tepuk, digoncang, dan sebagainya, tetapi jangan gambarkan itu adalah tangan Allah SWT.

Allah SWT melarang sama sekali manusia membuat gambaran tentangNya. Jangan cuba buat apa-apa gambaran, apa-apa fitnah terhadap Allah SWT. Jangan sekali cuba mencari takwil, mencari permulaan Allah sebab Allah SWT tidak ada permulaan.

Wallahu a'lam.

Rabu, 10 Oktober 2012

Nabi Idris Pingsan Melihat Neraka dan Surga

Nabi Idris as di masa hidupnya, Allah SWT telah mengaruniakan untuk mengunjungi surga maupun neraka. DI kedua tempat itu, Nabi Idris as pingsan begitu melihat pemandangan yang dilihat dikedua tempat itu.

NERAKA

Kisahnya.
Nabi Idris as adalah seorang Nabi yang kuat sekali ibadahnya, bahkan malaikat sangat kagum atas kesalehan beliau. Pada suatu saat, Malaikat Izrail dan Nabi Idris as beribadah bersama-sama. Nah, pada kesempatan itu Nabi Idris as mengajukan permintaan kepada Malaikat Izrail untuk dapat melihat surga dan neraka.

Malaikat Izrail tidak dapat memutuskan permintaan Nabi Idris as. Namun Allah SWT Maha Mendengar dan Maha Melihat, dan karenanya Nabi Idris as diizinkan berkunjung ke neraka dan ke surga ditemani Malaikat Izrail.

Pertama-tama Nabi Idrsi as mengunjungi neraka.
"Wahai Nabiyullah, kenapa ingin melihat neraka? Bahkan para malaikat pun takut melihatnya," tanya Malaikat Izrail.
Dijawab olah Nabi Idris as,
"Sebenarnya saya takut sekali kepada azab Allah SWT. Tapi mudah-mudahan iman saya menjadi tebal setelah melihatnya."

Begitu mereka sudah sampai agak dekat dengan neraka, Nabi Idris as pun tersungkur pingsan. Penjaga neraka adalah malaikat yang sangat menakutkan. Malaikat itu menyeret dan menyiksa manusia-manusia yang durhaka kepada Allah SWT semasa hidupnya. Nabi Idris as tak mampu menyaksikan berbagai siksaan yang sangat mengerikan.

Api neraka berkobar sangat dahsyat, bunyinya bergemuruh menakutkan dan tak ada pemandangan yang lebih mengerikan dibanding dengan neraka.
"Astaghfirullah...Astaghfirullah...Astaghfirullah...,"berkali kali terucap dari mulut beliau sesaat setelah tersadar ari pingsannya.
(Seorang nabi saja sampai pingsan melihat neraka, bagaimana dengan manusia biasa seperti kita?).



Setelah siuman, dengan tubuh yang masih lemas Nabi Idris as melanjutkan perjalanan ke surga ditemani Malaikat Izrail juga. Di pintu surga beliau disambut Malaikat Ridwan yang menjaga Surga. Malaikat Ridwan dengan penuh lemah lembut mempersilahkan Nabi Idris as untuk memasuki tempat yang mulia penuh kenikmatan tersebut.

Begitu masuk ke dalam surga, lagi-lagi Nabi Idris as tersungkur lagi karena penuh takjub.
Semua yang ada di dalamnya begitu indah dan menakjubkan bagi siapa yang memandangnya. Namun Nabi Idris as pingsan hanya sebentar saja. Tanpa bisa berkata apa-apa selain ucapan,
"Subhanallah....Subhanallah...Subhanallah...,"berkali-kali keluar dari mulut beliau.

Itulah Kisah Teladan dari nabi Idris as yang sangat saleh dan taat kepada Allah SWT hingga beliau sampai pingsan begitu melihat neraka maupun surga.

Jumat, 05 Oktober 2012

Dialog Iblis dan Penebang Kayu

Dari Hasan, Mubarak bin Fadhilah telah meriwayatkan untuk kita semua. Sebuah kisah teladan islami yang bisa dijadikan panutan untuk umat Islam agar selalu zikir dan ingat terhadap Allah SWT.


Kisahnya.
Dahulu ada sebuah pohon yang disembah, selain Allah SWT.
Kemudian datanglah seorang laki-laki mendatanginya dan berkata,
"Aku akan menebang pohon ini."
Pada mulanya si penebang pohon ini datang untuk menebang karena takut akan Murka Allah SWT.

Maka iblispun datang dengan bentuk menyerupai manusia dan menghadang si penebang pohon,
"Apa yang hendak kau lakukan?" tanya iblis.
"Aku hendak menebang pohon yang dijadikan sembahan selain Allah SWT," jawab si penebang pohon.
"Jika engkau tidak menyembahnya, ia tidak akan membahayakanmu," jawab iblis.
"Aku tetap akan menebangnya," kata si penebang kayu.

Iblis terus menerus menggoda si penebang pohon.
"Adakah jalan lain yang lebih baik untukmu? Jika engkau tidak menebang pohon itu maka engkau akan mendapatkan 2 dinar setiap pagi di bawah bantalmu." kata iblis.
"Darimana engkau mendapatkannya?" tanya si penebang kayu.
"Aku yang akan memberikannya kepadamu." jawab iblis yang menjelma menjadi manusia itu.

Kemudian laki-laki penebang pohon kembali pulang ke rumahnya dan mengurungkan niatnya untuk menebang pohon. Maka pada paginya ia mendapatkan uang 2 dinar di bawah bantalnya.
Namun pada hari berikutnya uang tersebut tidak ditemukan di bawah bantalnya lagi. Si penebang kayu marah dan bergegas menuju pohon yang jadi sembahan tersebut dan bermaksud menebangnya kali ini.

Di tengah perjalanan, iblis muncul lagi dengan rupa asli dan menghadangnya.
"Apa yang hendak engkau lakukan?" tanya iblis.
"Aku hendak menebang pohon yang disembah selain Allah SWT," jawab si penebang kayu.
"Engkau telah berbohong, engkau tidak akan bisa menebang pohon itu," kata iblis lagi.

Akhirnya penebang pohon tetap pergi untuk menebang pohon. Namun iblis juga tak membiarkannya, ia memukul dan mencekiknya sampai hampir mati.

Lalu iblis berkata,
"Tahukah engkau siapa sebenarnya aku? Aku adalah Iblis. Pertama kali engkau marah dan hendak menebang pohon itu karena hanya mencari ridha Allah SWT. Saat itu, aku tidak mampu emnghalangimu, maka aku membujukmu melalui uang 2 dinar. Saat itu engkau tudak jadi menebang pohon terwebut. Maka ketika engkau marah dan hendak menebang pohon hanya karena uang 2 dinar, aku dapat menghalangi dan mengalahkanmu."

Kamis, 04 Oktober 2012

Kisah Taubatnya Malik bin Dinar

Kisah seorang sufi Teladan untuk umat Islam.
Dialah Malik bin Dinar yang tersohor.

Malik bin Dinar adalah seorang laki-laki yang sangat tampan, gemar bersenang-senang dan memiliki harta kekayaan yang berlimpah-limpah. Ia tinggal di daerah Damaskus dimana golongan Mu'awiyah telah membangun sebuah masjid yang besar dan mewah.
Malik ingin sekali diangkat sebagai pengurus masjid tersebut. Pada waktu itu salah seorang yang menjadi pengurus masjid adalah jabatan yang terpandang.


Maka pergilah ia ke masjid itu.
Di pojok ruangan masjid dibentangkannya sajadah dan di situlah selama setahun penuh ia melakukan ibadah sambil berharap agar setiap orang yang melihatnya sedang melakukan shalat.

"Alangkah munafiknya aku ini," ia selalu mencerca dirinya sendiri.
Setahun telah berlalu.
Apabila hari telah malam, Malik keluar masjid itu dan pergi bersenang-senang.

Pada suatu malam, ktika ia sedang asyik menikmati musik sementara teman-temannya telah tertidur, tiba-tiba saja dari kecapi yang sedang i aminkan terdengar suara,
"Hai Malik, mengapakah engkau belum juga bertobat?"
Mendengar kata-kata yang sangat menggetarkan hati ini, Malik segera saja melemparkan kecapinya dan berlari menuju masjid.

Di dalam masjid ia berbicar kepada dirinya sendiri.
"Selama setahun penuh aku menyembah Allah secar munafik. Bukankah lebih baik ak menyembah Allah dengan sepenuh hati? Aku malu. Apa yang harus aku lakukan? Seandainya orang-orang hendak mengangkatku sebagai pengurus masjid aku tidak akan menerimanya. Akhirnya ie melakukan ibadah dengan khusyuk kepada Allah SWT. Pada malam itulah untuk pertama kalinya ia shalat dengan penuh keikhlasan.

Pada keesokan harinya, seperti biasa orang-orang berkumpul di depan masjid.
"Hai, lihatlah dinding masjid telah retak-retak," kata mereka.
"Kita harus mengangkat seorang pengawas untuk memperbaiki masjid ini."

Maka mereka sepakat yang paling tepat menjadi pengawas masjid adalah Malik.
Segera mereka mendatangi Malik yang ketika itu sedang shalat. Sementara Malik sendiri karena saking khusyuknya ia tidak tahu jika beberapa orang sedang menunggunya.
Begitu shalat Malik selesai, mereka berkata,
"Kami datang untuk memintamu agar sudi menerima pengangkatan kami ini."

"Ya Allah...." seru Malik karena terkejut.
"Selama setahun penuh aku menyembah-Mu secara munafik dan tak ada seorang pun yang memandang diriku. Kini setelah aku berikan jiwaku kepada-Mu dan bertekad bahwa aku tidak menginginkan pengangkatan atas diriku, Engkau malah menyuruh 20 orang menghadapku untuk mengalungkan tugas tersebut ke leherku. Demi Kebesaran-Mu, aku tidak menginginkan pengangkatan atas diriku ini."

Malik berlari meninggalkan masjid itu kemudian menyibukkan diri untuk beribadah kepada Allah SWT dan menjalani hidup prihatin serta penuh disiplin.
Ia menjadi seorang yang terhormat dan shalih.

Rabu, 03 Oktober 2012

Pertemuan Nabi Khidir dan Ibrahim bin Adham

Siapa Ibrahim bin Adham itu.
Beliau adalah seorang Raja Baikh yang emninggalkan istana untuk menjadi seorang sufi.
Pada saat ketenaran Ibrahim bin Adham sudah tersebar luas, dia meninggalkan gua pertapaannya dan pergi menuju Mekah.

Dialah salah seorang sufi teladan umat Islam yang terkenal.
Naga pun berusjud di hadapannya.


Kisah.
Di tengah padang pasir, Ibrahim berjumpa dengan seorang tokoh besar agama yang mengajarkan kepadanya nama-nama Teragung dari Allah SWT. Dengan Nama yang teragung itulah Ibrahim menyebut Allah SWT dan sesaat kemudian ia dikarunia bertemu dengan Nabi Khidir as.
"Ibrahim," kata Nabi Khidir as.
"Saudaraku Daudlah yang mengajarkan kepadamu nama-nama Teragung dari Allah SWT itu," kata Nabi Khidir as lebih lanjut.

Haa..jadi yang tadi adalah Nabi Daud as yang menjumpai Ibrahim bin Adham.
Kemudian mereka berbincang-bincang mengenai berbagai masalah.
Dari perbincangan itulah Ibrahim menyerap berbagai ilmu hakiki. Dengan seizin Allah SWT, Nabi Khidir as adalah manusia pertama yang telah menyelamatkan Ibrahim.

Selanjutnya, perjalanan diteruskan menempuh ganasnya padang pasir.
Sesampainya di Dzatul Irq, Ibrahim bertemu dengan 70 orang yang berjubah kain perca tergeletak mati dan darah mengalir dari hidung dan telinga mereka. Ibrahim berjalan mengitari mayat-mayat tersebut dan ternyata salah seorang dari mereka masih hidup.

"Anak muda, apakah yang telah terjadi?" tanya Ibrahim.
Orang itu menjawab,
"Wahai manusia, beradalah di dekat air dan tempat shalat, janganlah menjauh agar engkau tidak dihukum. Tetapi jangan pula terlalu dekat agar engkau tidak celaka. Tidak seorangpun boleh bersikap terlampau berani di depan sultan. Takutilah sahabat yang membantai dan memerangi para peziarah ke tanah suci seakan-akan mereka itu orang-orang kafir Yunani."

"Siapakah kalian?" tanya Ibrahim.
"Kami adalah rombongan sufi yang menembus padang pasir dengan berpasrah kepada Allah SWT dan berjanji tidak akan mengucapkan sepatah katapun di dalam perjalanan kecuali hanya mengingat Allah SWT. Dan kmai tidak peduli kepada sesuatu pun selain kepada-Nya." jawab orang itu.

Senin, 01 Oktober 2012

Nabi Khidir Masih Hidup Hingga Akhir Zaman

Berikut berbagai pernyataan yang membenarkan bahwa Nabi Khidir as masih hidup hingga sekarang. Diantaranya hadits-hadits, ulama-ulama.
Nabi Khidir as merupakan guru teladan dari banyak kaum sufi, wali dan sebagainya.

Kisah.
Ulama besar ahli hadits yaitu Imam An-Nawawi menyebitkan bahwa dia sendiri berselisih pendapat tentang hidupnya Nabi Khidir as.


Sebagian besar ulama beranggapan bahwa Khidir masih hidup di tengah-tengah kita. Imam An-Nawawi berkata,
"Pendapat ini tidak ditentang sedikitpun oleh ulama-ulama kaum sufi dan ahli-ahli ma'rifat. Mereka pun pernah menceritakan pengalamannya pada waktu berjumpa, berkumpul dan berbincang-bincang dengan Nabi Khidir as. Dia (Khidir) terlalu mulia untuk dicaci atau dicari-cari aibnya, dan dia akan tetap dikenal walaupun kita berusaha menutup-nutupi berita tentang dirinya."

Di dalam kitab Syarah Muhadzab Juz V, halaman 305.
Imam An-Nawawi berkata bahwa ada beberapa orang sahabatnya yang mempunyai dalil yang membuktikan masih hidupnya Nabi Khidir as. Dia berkata,
"Dan sebagian besar ulama berkeyakinan bahwa Nabi Khidir as masih hidup sampai sekarang."

Syeikh Ismail Haqqi berkata,
"Kaum sufi dan para ulama bersepakat dengan keyakinan mereka bahwa Nabi Khidir as masih hidup hingga sekarang."

Pendapat itu diikuti oleh Imam Arabi, Abu Thalib Al-Makki dan Al-Hakim. Terus At-Turmudzi, Ibnu Adham, Basyar Al-Hafi, Ma'ruf Al-Karkhi, Sari As-Saqati, Al-Junaidi, bahkan Khalifah Umar ibn Abdul Aziz r.a.

Di Akhir kitab Sahih Musim bab yang menyebutkan hadits-hadits tentang Dajjal, Abu Said Al-Khudri berkata,
Pada suatu hari Rasulullah SAW pernah bercerita panjang lebar kepada kami tentang diri Dajjal.

Rasulullah SAW bersabda,
"Ia datang tetapi diharamkan untuk memasuki lingkungan Madinah. Lalu ia berhenti di sebagian daerah yang terdapat sesudah Madinah dan pada suatu hari ia didatangi oelh seorang laki-laki yang baik termasuk orang yang terbaik di antara manusia saat itu.
Kemudian dia berkata,
"Saya bersaksi bahwa Anda ini adalah Dajjal yang diceritakan Nabi SAW dalam haditsnya."
"Bagaimana menurut kalian jika aku membunuh orang ini lalu aku menghidupkannya kembali, apakah kalian mengusulkan sesuatu?" jawab Dajjal.
Mereka menjawab," Tidak."
Lalu Dajjal membunuh orang itu kemudian menghidupkannya lagi. Ketika orang itu akan dihidupkan lagi, dia berkata,
"Demi Allah, di kalangan Anda sama sekali tidak aku dapati hari ini orang yang paling hebat pikirannya dibanding aku."
Maka Dajjal pun bermaksud membunuhnya kembali, tapi tidak kuasa lagi membunuhnya.

Abu Ishak berkata,
"Orang laki-laki itu adalah Nabi Khidir as."
Siapa Abu Ishak ini, diala seorang muslim bernama asli Ibrahim bin Sofyan. Dia banyak meriwayatkan kisah dari Imam Muslim.

Sedangkan Mu'ammar berkata dalam kitabnya Musnad,
"Lelaki yang pernah dijumpainya itu adalah Sayyidina Khidir."
Kemudian Mu'ammar menjelaskan hadits nabi nseperti di atas.
Dia berkata,
"Hadits Rasulullah itu sebagai bukti bahwasanya Nabi Khidir as masih hidup."