Jumat, 04 Februari 2011
Memaknai Pekerjaan
Cerita yang pantas dijadikan bahan renungan.
Uswah sekaligus teladan.
Hari itu merupakan kali pertama Wawan bersama ibunya naik bus trans surabaya rute bungur-wonokromo.
Awalnya tak ada keluh kesah yang ia perlihatkan kepada ibunya.
Namun sesampainya di halte bus, ia sempat dibuat bingung.
"Bu, kok suara dari bus ini tidak ada, sekarang tiba-tiba ada, tapi tidak sama dengan yang diteriakkan pak kondektur tadi ya...
Wawan jadi bingung, kita sudah sampai mana sih?" tanya wawan yang sudah kelas 3 SD itu.
"Oh, yang baru saja kita lewati tadi halte Polda, seperti yang diteriakkan pak kondektur.
Tadi pak sopir sempat lupa menekan tombol pengeras suara bus, sehingga yang kita dengar nama halte sebelumnya," jelas sang ibu.
"Jadi, yang benar pak kondektur ya Bu?" tanya wawan lagi.
"Iya sayang..," jawab ibunya dengan tersenyum.
Wawan terdiam sejenak.
Ia melihat sekelilingnya seolah menikmati perjalanan di dalam angkutan umun yang lumayan nyaman itu.
Namun rupanya masih ada yang mengganjal di benaknya.
Perbincangan dengan ibunya pun berlanjut lagi.
"Tapi Buk...kok pak sopir bisa lupa sih?
Padahal dia kan sudah biasa membawa bus ini kan?"
"Betul Nak, ia sudah terlatih mengemudikan bus umum ini.
Tapi, tak lama setelah kita masuk bus, ibu lihat pak sopir sedang menerima telepon dari seseorang, sehingga lupa memencet tombol."
Mereka pun tiba ditempat tujuan, dan keluar di halte paling akhir.
Selepas keluar dari bus, wawan ingin tanya lagi ke ibunya.
Perbincangan dilanjut lagi rupanya.
Huuh...mokong tenan wawan iki...wis turune mlungker...akeh takone ae haha..
"Kata Bapak, menurut aturan lalu lintas, kalau sedang menyetir tidak boleh menelepon kan Buk.
Betul kan Buk?"
"Iya...tujuan aturan tersebut agar tidak terjadi kecelakaan.
Beruntung tidak terjadi apa-apa, sehingga kita sampai di sini."
Uwis Wan Ojo men takon ae, engko tak jewer lo...
Cerita dan kisah diatas hanya fiktif belaka.
Maaf kalo ada kesamaan nama atau tempat yang menyalahi.
Contoh di atas adalah sebuah cerita betapa wawan yang masih kanak-kanak pun bisa merasakan dampak kalau seseorang bekerja dengan tidak profesional.
Bila seseorang bekerja tidak profesional, maka secara langsung atau tidak langsung orang lain akan dibuat tidak nyaman.
Ketidakprofesionalan itu merupakan buah dari ketidakmampuan ia dalam memaknai pekerjaan yang secara sadar ia pilih.
Apapun profesinya.
Jika sering kerja tak profesional, bekerja tidak dengan hasil terbaik dan bermutu standar tinggi.
Ia sering lupa akan kewajiban, tetapi selalu ingat pada hak sebagai pekerja.
Tapi...
Ada tapinya sob...
Kalau kerjamu profesional...apakah hak akan diberikan dengan ideal...
Tergantung bosnya aku kira.
Ironis...
Thanks to my friend, Didik.
Sori aku pinjam namamu untuk contoh.
Senin, 31 Januari 2011
Quran Menjelaskan Sistem Pertahanan Badan dan Minda
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah SWT serta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seluruh ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabiin, mujahid, alim ulama, guru/ustaz, dan seluruh umat muslimin dan muslimat.
Alhamdulillah dengan izin Allah SWT kita dapat bertemu lagi. Kita sekarang sedang mengkaji ayat-ayat Al-Quran dari perspektif “Al-Quran dan ICT/sistem”, iaitu yang berasaskan “Al-Quran bi Al-Quran”, melihat Al-Quran sebagai “super-super computer” yang menyimpan 10 lautan-dakwat khazanan ilmu.
Ayat An-Nahla 16:81 menjelaskan serangan siber boleh berlaku bila-bila masa dan menyuruh umat Islam supaya sentiasa bersiap-sedia dengan membina sistem pertahanan dan keselamatan badan dan minda dari pancaran radioaktif dan elektromagnetik.
Kali ini kita mengkaji ayat An-Nahla 16:81 tentang ilmu dan teknologi "nano", ilmu halus, ilmu quantum, dan bagaimana Al-Quran menyuruh umat manusia membina sistem pertahanan dan keselamatan diri dengan menggunakan bahan dari gunung-ganang seperti tanah-liat, granit, dsbnya. Ayat 16:81 ini mestilah dikaji bersama-sama dengan ayat Az-Zaariyat 51:1-11 dan ayat An-Nahla 16:48.
Ayat ini memang benar-benar membuktikan Al-Quran adalah Kalam Allah sebab kajian sains telah membuktikan kebenaran ayat ini iaitu bahan-bahan dari gunung-ganang seperti "bentonite clay" boleh menyahkan dan menutralkan pancaran radioaktif, elekmagnetik, dan sebagainya. Subhanallah!
2) Penjanaan Ilmu Baru = Penjanaan Ekonomi
Pada awal siri “Kajian Al-Quran” ini kita telah mengkaji ayat-ayat Az-Zaariyat 51:1-11 (tentang wireless communication) dan pada siri yang lepas ayat An-Nahla 16:48 menjelaskan tentang tenaga magnet "daakhirun" yang boleh menjana pelbagai jenis ikatan kimia (chemical bonding). Semua ini adalah dalam kategori ilmu-ilmu ghaib, ilmu-ilmu halus, atau nano atau quantum fizik. Ianya sudah lama diperjelas dalam Al-Quran, dengan begitu tepat dan terperinci.
Tidakkah ilmu-ilmu ini telah memberi kesan besar kepada penghidupan manusia? Tidakkah ilmu-ilmu ini adalah petunjuk, rahmah, dan berita gembira kepada umat Islam?
Kaji dan perhatikan kepada industri ICT, ianya sudah menjadi satu industri yang amat besar padahal hanya wujud sejak 50-60 tahun yang lepas. Industri baru ini telah membuka sumber ekonomi yang amat besar berjumlah beribu-ribu juta ringgit dan menyediakan peluang pekerjaan kepada beratus juta manusia. Sebab itu Allah SWT menyuruh umat Islam mengkaji ayat-ayat Quran kerana di dalam Al-Quran itu terdapat banyak “petunjuk, rahmah, dan kegembiraan kepada seluruh umat Islam”.
Malang sekali tidak ramai umat Islam yang mahu dan berminat untuk mengkaji ayat-ayat Quran dan mengeluarkan pelbagai ilmu hukum alam (laws of the universe) dan ilmu-ilmu yang dapat membolehkan mereka melakukan amalan solehan, melakukan penambah-baikkan, melakukan “continuous improvement” atau “kaizen” dalam bahasa Jepun seperti yang dituntut dalam Islam.
3) Al-Quran adalah Super-super Computer
Umat Islam tidak mahu mengkaji Al-Quran sebab ada segelintir para alim ulama mengatakan Al-Quran adalah kitab umum yang tidak menjelaskan segala-galanya. Mereka kata kitab Al-Quran tidak mampu berdiri dengan sendiri, kitab Al-Quran memerlukan kepada kitab-kitab lain (untuk menjelaskan isi kandungannya). Mereka skeptikal dan tidak yakin kepada Al-Quran.
Melalui pengalaman semakin dikaji, saya nampak kitab Al-Quran adalah juga kitab sains dan ICT, bukan sahaja kitab agama (solat, puasa, zakat, halal, haram, dsbnya). Kitab Al-Quran adalah kitab yang "hidup", yang tahu segala permasalahan manusia dan sentiasa menyediakan jalan penyelesaian. Oleh itu para alim ulama agama seharusnya mengaplikasikan penemuan-penemuan baru ini ke dalam amalan kehidupan seharian.
Bahkan semakin mendalam kajian saya, saya yakin bahawa Al-Quran itu adalah super-super computer. Cuba kaji bahasa yang digunakan Al-Quran (bahasa arab), cuba lihat pada i’rabnya, pada wazannya, adakah ianya lebih mirip kepada bahasa manusia atau kepada bahasa komputer?
Mana ada bahasa manusia menggunakan i’rab dan wazan (yang sistematik dan berfungsi) selain dari bahasa Arab dan bahasa komputer? Tanpa i'rab, tanpa "parameter" sistem komputer tidak boleh berfungsi. Malah konsep “wazan” (how to treat the verbs) yang digunakan dalam Al-Quran (bahasa Arab) digunakan dalam "artificial intelligence", "neuro-programming" dan "very advanced computing". Konsep wazan tidak ada digunakan dalam bahasa-bahasa lain selain dari komputer!
Cuba fikir kenapa Allah menyuruh manusia mengkaji ayat-ayat Al-Quran dengan metod “Al-Quran bi Al-Quran”? tidakkah metod ini amat pintar dan genius? Cuba fikir bolehkah seseorang pilot memandu pesawat Boeing 787 dengan menggunakan buku panduan Airbus A383? Bolehkan seseorang pomen membaiki kereta Ferrari dengan menggunakan buku panduan Perodua Kancil?
Sudah tentu tidak, kalau memandu pesawat Boeing mestilah menggunakan buku manual Boeing juga, dan kalau mahu betulkan kereta ferrari mestilah menggunakan buku manual Ferrari juga. Begitulah juga dengan Kitab Al-Quran, kalau mahu memahami dan mengeluarkan ilmu dari Al-Quran mestilah menggunakan buku panduan Al-Quran juga (Al-Quran bi Al-Quran).
Mungkin juga betul pendapat alim ulama bahawa Al-Quran bergantung kepada kitab-kitab hadith, tetapi mungkin ianya dalam domain agama sahaja, seperti untuk mengeluarkan ilmu dan fatwa agama, seperti cara-cara solat, mengerjakan haji dan sebagainya. Namun pada hakikatnya Al-Quran adalah kitab yang lengkap dan sempurna, yang boleh berdiri dengan sendiri untuk menjana ilmu-ilmu petunjuk, ilmu-ilmu untuk membina kekuatan umat Islam, sistem pertahanan minda, dan sebagainya.
4) Ilmu Ghaib Hakiki vs Ghaib Subliminal
Kita sekarang sedang mengkaji ayat-ayat Quran yang menjelaskan tentang makhluk tersangat kecil yang tidak nampak oleh mata manusia, makhluk ghaib, atau “quantum fizik" iaitu seperti elektron, foton, atom, gelombang elektromagnetik, graviti, dan sebagainya. Benda-benda ini tidak dapat dikesan oleh pacaindera kasar manusia (iaitu di bawah tahap mampu manusia atau dipanggil ilmu “subliminal”).
Secara ringkasnya, Al-Quran membahagikan “ilmu ghaib” kepada dua bahagian iaitu "ghaib hakiki" dan "ghaib subliminal". Ghaib hakiki adalah tentang benda-benda ghaib yang tidak dapat dikaji oleh akal manusia tetapi hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Allah melarang manusia mengkaji tentang ghaib hakiki ini sebab ianya tidak dijelaskan di dalam Al-Quran (melainkan hanya sedikit sahaja). Namun ianya wajib dipercayai dan diyakini (itulah yang dikatakan "iman"). Contohnya seperti kewujudan Allah SWT, syurga, neraka, dan roh.
Ghaib subliminal pula ialah benda ghaib yang tidak dapat dikesan sebab kelemahan manusia, sebab had kemampuan dan limit kebolehan manusia. Allah menggalakkan manusia mengkajinya untuk membuktikan Al-Quran adalah Kalam Allah, dan Allah SWT amat mengetahui segala-galanya, dan untuk menujukkan manusia itu tersangatlah lemah hanya dapat mengetahui ilmu-ilmu yang dapat dikesan oleh pacaindera kasar sahaja.
Yang ditulis adalah spesifikasi sahaja, bukannya segala gerak-geri, tindakan dan perbuatan manusia. Kitab tentang perbuatan dan gerak-geri manusia belum lagi ditulis, dan kitab ini sedang ditulis oleh ke dua-dua malaikat yang menjaga kita (lihat ayat 19:79, 43:80, dsbnya).
5) Al-Quran Mendahului Zaman
Kali ini kita akan melihat dan mengkaji ayat An-Nahla 16:81, iaitu sambungan kepada perbincangan lepas, ayat An-Nahla 16:48. Ayat ini sekali lagi menjelaskan bahawa segala makhluk di alam ini dijadikan dari "dzilaalan" (bayang-bayang).
Dan Allah telah jadikan untuk kamu apa-apa dari dzilaalan yang telah Dia ciptakan. Dan Dia jadikan untuk kamu (bahan-bahan) dari bukit-bukau sebagai (bahan-bahan) penutupan (perlindungan dan keselamatan) , dan Dia jadikan untuk kamu pakaian untuk memelihara dari kepanasan (tenaga getaran) dan pakaian untuk memelihara(melindung) dari tenaga kekuasaan yang sangat hebat kamu (seperti pencemaran radiasi yang dilakukan oleh manusia), demikian itu Dia telah sempurnakan nikmatNya ke atas kamu semoga kamu menyerah diri (sentiasa menjadi selamat). An-Nahla 16:81
Secara ringkasnya ayat 16:81 ini adalah satu ayat saintifik, yang mengandungi ilmu yang tinggi lagi hebat. Ianya juga ayat hukum dan perundangan iaitu keperluan umat Islam menyediakan pakaian atau sistem pertahanan sel-sel badan dan otak.
Ianya harus dikaji dan difahami dengan ayat 16:48 dan ayat 51:1-11. Ianya menjelaskan tentang bahaya dari pencemaran kuasa getaran (string vibration) seperti “ionization” dan kuasa radiasi seperti pancaran radioaktif dan gelombang elektromagnetik. Manusia tidak boleh menuduh Allah SWT zalim (kerana tidak memberi ilmu) sekiranya tubuh-badan dan minda mereka rosak disebabkan kesan dan impak pencemaran radiasi.
Dalam ayat ini Allah SWT membuktikan kepada manusia bahawa kitab Al-Quran adalah kitab yang mendahului zaman, kitab yang mengajar umat Islam perkara-perkara ghaib yang tidak dapat difahami oleh manusia yang hidup pada zaman Nabi SAW.
Ayat 16:81 ini menjelaskan kepentingan dan kehebatan bahan-bahan dari bukit-bukau seperti tanah-liat, granit, garam kristal, batu-batu permata, dan sebagainya. Ahli sains telah membuat kajian dan memang terbukti bahan-bahan seperti tanah-liat (misalnya bentonite clay) dapat menyahkan getaran dan radiasi dan sebagainya.
Kita telah mengkaji (pada beberapa siri yang lepas) akan kehebatan mikro-kristal yang bersifat piezoelektrik dan pyroelektrik. Dan sekarang Al-Quran mengulangi lagi penerangan dan kelebihan bahan-bahan dari tanah dan bukit-bukau.
"Yutimmu Ni'matahu" (Allah telah melengkapkan nikmatNya) merujuk kepada ilmu pertahanan badan dan minda, iaitu ilmu nanoteknologi, untuk menyelamatkan manusia dari serangan getaran string dan pancaran radiasi. Pada hari ini memang terbukti manusia terdedah kepada pelbagai pancaran dan sinaran yang merbahaya kepada kesihatan dan minda mereka.
Statistik menunjukkan penyakit mental (dan pelbagai penyakit ganjil) meningkat dengan mendadak sejak akhir-akhir ini dan dijangkakan pada tahun 2020 penyakit mental akan menjadi musuh utama manusia mengatasi penyakit jantung.
7) Model Atom Quantum vs Model Atom Quran
Saya berharap tidak ada yang keliru antara “dzilaalan” dan “daakhiran” (dalam ayat 16:48). Insyaallah kita akan kaji dengan mendalam perkataan dan konsep “dzilaalan” dan “daakhiran” apabila kita masuk bab quantum mekanik , teori relativiti, dan teori string. Buat setakat ini anggaplah “dzilaalan” dan “daakhiran” adalah benda yang hampir sama dan boleh bertukar-tukar (interchangeable).
Agar tidak keliru bayangkan “dzilaalan” sebagai partikel dalam bentuk “string” dan “daakhiran” sebagai tenaga magnet (energy) atau tenaga gelombang (wave). Sekarang saya juga sedang mengkaji model sub-atomic yang sebenarnya (berdasarkan ayat-ayat Quran), samada sama seperti model quantum fizik atau sama sekali berlainan.
8) Double-Slit Experiment & Makmal Saintifik Al-Quran
Apabila kita mengkaji atom, elektron dsbnya, maka tidak dapat tidak kita akan mengkaji double-slit experiment. Saintis Barat bingung dan keliru dengan sifat dan perangai elektron yang boleh berubah-rubah. Misalnya apabila menggunakan single-slit, elektron akan bersifat seperti partikel. Tetapi apabila menggunakan double-slit, elektron bertukar menjadi gelombang (wave). Dan yang lagi hairan dan membingungkan ialah apabila “diperhatikan” (dipasang detektor untuk melihat elektron masuk dari lubang mana), sifat elektron akan bertukar semula menjadi seperti partikel. Bagaimana ini boleh berlaku? Adakah elektron sedar (konsius) yang ianya sedang diperhatikan?
Yang menjadi isu ialah sekiranya detektor di off (dimatikan), elektron yang melalui double-slit akan bersifat gelombang, tetapi apabila ditektor di buka (on) ia akan bersifat partikel. Yang lagi menjadi masalah besar ialah apabila detektor dibuka (on) selepas elektron menyeberangi double-slit, ianya masih mampu bertukar menjadi partikel! Adakah elektron sudah tahu terlebih awal (semasa keluar dari muncung senapang) akan niat manusia (untuk on atau off detektor)?
Para Saintis Barat membelanjakan beribu-ribu juta dolar untuk membina sebuah makmal untuk mengkaji struktur dan sifat-sifat elektron, neutron dan proton (bukan kereta proton, tetapi makhluk yang ada dalam nuklius sesuatu atom). Barat yakin dan percaya bahawa sesiapa yang terlebih dahulu dapat memahami struktur dan sifat elektron dan foton maka mereka akan menguasai dunia, mereka akan menjadi kuasa baru dunia!
Sudah tentulah ianya (perbelanjaan yang amat besar ini) tidak mampu dilakukan oleh negara kecil seperti Malaysia. Tetapi mampukah kita membelanjakan beberapa juta ringgit untuk membina sebuah “makmal saintifik Al-Quran” untuk mengkaji benda yang sama? Mahukah kita terus ketinggalan? Terus ditindas dan dikotak-katikkan?
9) Penjelasan (baru) ayat An-Nahla 16:81 dan Pengajaran
Ayat 16:81 ini boleh dibahagikan kepada 3 iaitu: a) awal, b) pertengahan, dan c) akhir. Di awal ayat, Allah SWT menyuruh manusia melihat tentang kejadian diri mereka sendiri iaitu yang dijadikan daripada “dzilaalan”. Di pertengahan ayat, Allah SWT memberitahu tentang bahan-bahan daripada bukit-bukau dan gunung-ganang seperti tanah-liat, garam galian, granit, batu permata, dan sebagainya.
Dan di akhir ayat, Allah SWT menjelaskan tentang “Penyempurnaan NikmatNya” iaitu ilmu pertahanan dan keselamatan badan dan minda.
Pelajaran dari ayat ini ialah, umat Islam haruslah mengkaji bahan atau material binaan rumah-rumah dan bangunan. Misalnya mengkaji bahan-bahan dari granit, tanah-liat, papan (kayu-kayan), plastik, kaca, dan sebagainya. Begitu juga dengan bahan-bahan membuat pakaian seperti dari benang kapas, sutera, nylon, dan sebagainya.
Kajian yang perlu dibuat adalah untuk mempastikan keselamatan manusia daripada pelbagai kesan pencemaran radiasi seperti pancaran gamma, x-ray, elektromagnetik, ultra-violet dan sebagainya. Begitu juga dengan kesan dan impak dari pelbagai getaran halus seperti ionik vibration, heat vibration, dan sebagainya.
10) Nanoteknologi dan Pakaian Keselamatan
Sekarang manusia sudah boleh membuat satu keping transistor yang hanya bersaiz 45 nm (kalau nak buat gambaran betapa kecilnya saiz transistor ini, cuba bayangkan hujung rambu yang dibelah kepada 10,000 bilah) dan dapat “menyumbat” hampir 1 bilion (1,000,000,000) transistor ke dalam sekeping mikro-prosesor (cpu komputer) yang hanya bersaiz sebesar ibu jari.
Umat Islam sepatutnya mengambil pengajaran dari ayat 16:81 ini dengan mencipta pakaian (baju, seluar, kain sarung, tudung, kopiah, serban, dsb) pelbagai fungsi bukan sahaja untuk menutup aurat tetapi sebagai pertahanan dan keselamatan sel-sel badan dan sel-sel otak. Kalaulah 1,400 tahun ayat ini tidak membawa banyak makna (sebab Nabi Muhammad SAW dan para sahabat tidak membuat rumah dalam bukit-bukit), tetapi pada hari ini ayat16:81 ini membawa makna yang amat besar kepada seluruh manusia.
Dengan adanya nanoteknologi maka ianya tidak mustahil untuk memasukkan lapisan nano-kristal ke dalam fabrik pakaian. nano-kristal ini akan menangkis segala serangan makhluk halus, seperti pancaran radiasi, getaran-nano, dan sebagainya.
Walaupun kita tidak pasti samada kecelaruan dan kekacauan yang berlaku dikalangan umat Islam sekarang sebagai petanda kita menjadi bahan uji-kaji senjata siber baru, tetapi yang pasti ialah ayat 16:81 memberi peringatan penting kepada umat Islam supaya menyediakan pakaian yang dapat mempertahankan dan menyelamatkan mereka dari pelbagai serangan pancaran radiaktif dan getaran string.
11) Kesimpulan
Ayat An-Nahla 16:81 menjelaskan betapa pentingnya umat Islam supaya sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada, dan hendaklah bersiap-sedia dengan pakaian pertahanan yang dapat menangkis segala serangan siber, serangan pancaran radioaktif, pancaran mikro, dan sebagainya.
Ayat An-Nahla 16:81 seharusnya dikaji bersama-sama ayat An-Nahla 16:48 dan Az-Zaariyat 51:1-11, iaitu secara "Al-Quran bi Al-Quran" supaya ianya menjadi lebih jelas, dan umat Islam dapat mengeluarkan hukum dan fatwa yang sesuai agar dapat menyelamatkan umat Islam dari pelbagai ancaman subliminal, ancaman ghaib.
Wallahu a’lam.
Jumat, 14 Januari 2011
Janji Pemabuk
Seorang pemabuk berjalan sempoyongan pulang ke rumah di malam hari.
Di tengah jalan, ia dicegat oleh 2 orang begal.
"Serahkan semua uangmu!" kata salah satu dari perampok.
Si pemabuk dengan gemetar meraba-raba kantung bajunya untuk mencari sisa uang yang barangkali masih ada.
Dengan setengah sadar, ia masih ingat sepertinya masih punya uang di kantung bajunya.
Tapi ia heran karena tangannya tak menemukan apa-apa.
"Kalau kamu tidak menyerahkan uangmu, kamu akan kami bunuh!" perampok kedua mengancam sambil menempelkan ujung pisaunya di leher si pemabuk.
Dengan gemetar, si pemabuk menjawab,
"Beri aku waktu sebentar."
Perampok itu menarik kembali pisaunya.
Pemabuk itu lalu berlutut di tanah, kedua telapak tangannya menengadah ke langit.
Ia berdoa di dalam hati,
"Tuhan, tolonglah aku. Jika Engkau selamatkan aku dari perampok ini, aku berjanji tidak akan mabuk-mabukan lagi."
Begitu si pemabuk selesai berdoa, ia merasa ada sesuatu yang jatuh dari dalam bajunya.
Ternyata sekeping uang perak.
Menyadari bahwa ia sudah mendapatkan apa yang ia butuhkan, ia segera melanjutkan,
"Tuhan, lupakan doaku."
Ini hanya sebuah contoh cerita, kisah yang sering kita jumpai.
Kisah islamiah ini mari kita renungkan.
Pemabuk itu menganggap bahwa uang yang jatuh dari dalam bajunya tadi bukan pemberian Tuhan atas doanya, sehingga ia punya alasan untuk tetap mabuk-mabukan lagi.
Kita begitu mudah berjanji, sering kali atas nama Tuhan, dan begitu mudah pula melupakannya.
Betapa mudahnya kita melanggar janji yang sudah kita sepakati.
Lebih buruk lagi, kita tidak pernah mau mengakui bahwa kita telah melanggar janji.
Wallahu A'lam..
Senin, 03 Januari 2011
Jin Qarin Pembisik Kejahatan | Kisah Jin
Qarin menurut bahasa artinya pendamping atau teman.
Pada diri manusia ada 2 Qarin yang selalu mengikut, yaitu dari bangsa Jin dan Malaikat.
Jika Qarin dari malaikat jelas keislamannya.
Namun jika jin Qarin, mereka selalu membisikkan kejahatan pada diri manusia.
Ini Kisah Jin Qarin
Qarin dari jenis Jin hanya bertugas membisiki manusia untuk berbuat kejahatan dan kemaksiatan.
Sedangkan Qarin dari malaikat hanya bertugas untuk membisiki manusia untuk berbuat kebajikan dan ketaatan.
Al-Qadhi 'Iyadh r.a berkata,
"Sesungguhnya malaikat dan syetan (yang menjadi Qarin) senantiasa menyelimuti hati kita, seperti malam dan siang yang menyelimuti bumi.
Diantara manusia ada yang malamnya lebih panjang dari siangnya, dan yang lain malah sebaliknya.
Ada juga manusia yang hatinya terang terus menerus dan ada pula yang gelap terus menerus."
Dia melanjutkan,
"Hadits tersebut memberitahu kepada kita, barangsiapa yang mendapati hatinya cenderung berbuat baik, hendaklah ia memuji Allah, berterima kasih kepada-Nya.
Tapi apabila ia mendapati hatinya cenderung berbuat maksiat, maka mohonlah perlindungan kepada-Nya."
PERUSAK KEHIDUPAN
Ibnu Katsir r.a menafsirkan surat An-Nar,
"Bahwa yang di maksud dengan al-waswasul Khannas dalam surat tersebut adalah syetan yang disertakan ke manusia.
Karena tidak seorang pun dari keturunan Nabi Adam, kecuali ia mempunyai Qarin.
Qarin itulah yang menghiasi keburukan dan kekejian, tidak seorang pun yang selamat darinya kecuali berlindung kepada Allah."
Mata Rasulullah Tembus Pandang | Kisah Nabi
Setelah pulang dari perjalanan Isr' Mi'raj, banyak hal yang serba tidak masuk akal ditanyakan oleh orang kafir.
Sampai bentuk bangunan Masijidil al Aqsha, keadaan sekitarnya, jumlah pintu pun mereka tanyakan.
Maka turunlah mu'jizat, sehingga jarak pandang Beliau tembus sampai ke Masjid Al Aqsha.
Diriwayatkan dari Abdullah Ibnu Abbas dan Aisyah ra ( istri Rasulullah SAW) bahwa suatu pagi yang cerah tanggal 27 Rajab tahun ke 11 kerasulan Muhammad SAW, Rasulullah duduk merenung sedih seraya bersabda,
"Perjalanan Isra' Mi'rajku semalam dan waktu subuh aku telah tiba di Makkah, kurasakan benar akan menimbulkan banyak orang yang tidak mempercayaiku."
Secara kebetulan, Abu Jahal lewat di depan Rasulullah SAW.
Melihat kemenakannya yang tampak sedang sedih, ia kemudian menghampirinya.
"Hai Muhammad, sepertinya ada hal penting yang Engkau pikirkan," katanya.
"Benar paman, semalam aku baru menempuh perjalanan jauh," jawab Rasulullah.
"Perjalanan jauh kemanakah sehingga membuat Engkau meratapinya," ujar ABu Jahal lagi.
Isra' Mi'raj
Rasulullah pun lantas menjelaskan tentang peristiwa yang luar biasa yang baru saja Beliau alami tersebut kepada pamannya, bahwa semalam Beliau telah melakukan sebuah perjalanan jauh yakni ke Sidratul Muntaha melalui Baitul Maqdis.
Setelah menyimak cerita Rasulullah, ABu Jahal pun lantas bertanya kepada kemenakannya tersebut seraya mengekspesikan ketidakpercayaannya akan semua apa yang baru saja dialami oleh Rasulullah.
"Kalau pun memang engkau semalam telah melakukan perjalanan ke Sidratul Muntaha, apakah mungkin sekarang engkau sudah berada di sini dan apakah engkau berani mengabarkan peristiwa gila ini kepada kaummu?" ucap Abu Jahal.
Melihat Abu Jahal yang sepertinya sangat tidak percaya akan semua yang Beliau alami, maka ketika ABu Jahal menantang Beliau untuk mengabarkan peristiwa luar biasa kepada penduduk Makkah.
Setelah banyak orang yang berkumpul, Rasulullah SAW pun menyampaikan kepada kaumnya seraya bersabda,
"Wahai kaumku, ketahuilah bahwa semalam aku baru menempuh perjalanan jauh."
Salah seorang dari kaum itu bertanya.
"Kemana?"
Rasulullah SAW pun menjawab dengan tegas,
"Ke Sidratul Muntaha melalui Baitul Maqdis," sabda Rasulullah.
"Dan pagi ini kamu sudah berada di sini, hai Muhammad?" tanya seorang kaum itu yang keheranan.
"Benar, dan inilah kekuasaan Allah SWT, wahai kaumku!" sabda Rasulullah SAW menjelaskan.
Mata Rasulullah SAW Tembus Pandang
Tiba-tiba seorang dari Bani 'Adi bernama Muth'im bin 'Adi menerobos kerumunan orang dan maju ke depan dan berkata lantang,
"Hai Muhammad, sebelum hari ini, aku membenarkan ucapanmu.
Tetapi sejak detik ini aku mendustakanmu, sebab aku biasa ke Baitul Maqdis dengan berkendara unta membutuhkan waktu sebulan penuh untuk sampai kesana.
Demikian juga pulangnya ke Makkah.
Kalau engkau memang benar semalam telah ke Baitul Maqdis aku mempunyai pertanyaan untukmu, Berapakah jumlah pintu Masjid al-Aqsha/Baitul Maqdis?"
Mendengar pertanyaan dari Muth'in bin 'Adi tersebut Beliau tampak sangat bersedih.
Sebab waktu disana, Beliau memang tidak memperhatikan masalah pintu, apalagi menghitungnya.
Dalam kesedihan yang amat sangat itu, tiba-tiba turunlah Mukjizat.
Rasulullah SAW dapat melihat dengan jelas seluruh ruangan Masjid al-Aqsha yang berada nun jauh di Palestina.
Sehingga Beliau langsung dapat menghitung jumlah pintunya dan memberikan jawaban yang tepat kepada penduduk Makkah.
Kisah Islamiah
Blog Kisah Islamiah merupakan blog yang tercipta untuk mencoba mengabadikan kisah-kisah teladan seputar dunia Islam. Sebagaian besar postingan yang ada di blog ini diambil dari Kitab Daqoiqul Akbar dengan teknik bahasa sendiri tapi tak mengurangi kandungan inti dari kitab tersebut.
Jadi penulis mohon maaf bila ada kekeliruan dalam menulis dan sebagainya.
Kisah-kisah yang dimuat ini merupakan saduran dari banyak buku yang telah dimiliki oleh si penulis agar tidak hilang nantinya.
Kisah Islamiah ini akan meliputi beberapa label yang antara lain adalah:
Kisah Nabi
Kisah Karomah
Kisah Abu Nawas
Kisah Alam Kubur
Kisah Sahabat Rasulullah
Kisah Jin
Kisah Nyata
Selayang Pandang
Kisah-kisah tersebut di atas akan ditulis secara bertahap.
Mohon dukungan agar blog ini akan tetap eksis di dunia maya meskipun pemiliknya sudah tiada atau meninggalkan jejak karena sesuatu hal yang terjadi.
Penulis harapkan Kisah Islami yang ada di blog ini akan menjadi teladan, bahan renungan agar kita selalu mendekatkan diri kepada Sang Maha Pencipta.
Dan akhirnya, selamat membaca bacaan rohani ini.
Wassalamu'alaikum.
Rabu, 14 Juli 2010
Quran Jelaskan Piezoelectric, Nanowave in Brain
Pendahuluan
Sekarang kita sedang mengkaji bagaimana Al-Quran menjelaskan cara otak manusia bekerja (berfungsi), dan kenapa cara otak manusia bekerja berbeza dari otak binatang. Kenapa otak manusia tidak melalui proses evolusi seperti binatang-binatang lain, kenapa Al-Quran mengatakan ada satu "wireless engine 51:1-4" di dalam otak manusia? Enjin ini melakukan imbasan (gelombang micro/nano) untuk mengimbas data dalam neuron dan data-data ini dibawa oleh "wiqra" yang boleh dikumpul dan diikat dalam "al-Haamilat" (untuk membolehkan manusia berfikir, mengingat, termenung, mengira, dsbnya).

Soalnya bagaimana "engine 51:1-4" ini menjana nanowave (gelombang nano) sedangkan dalam kepala manusia tidak ada sebarang sumber tenaga elektrik (seperti bateri). Kenapa Al-Quran menjelaskan manusia dijadikan dari tanah? Kenapa pula syaitan dan jin dari api, malaikat dari cahaya, dan yang lain-lain dijadikan dari air?
Mikro-kristal dan Piezoelektrik
Cuba anda fikir kenapa dalam otak manusia ada mikro-kristal (yang terletak di pineal gland)? dan tahukah anda mikro-kristal ini dibuat dari apa? Dari Tanah!
Bagaimana tanah ini (mikro-kristal) boleh masuk ke dalam otak manusia? Kenapa dalam otak binatang tidak ada mikro-kristal? Adakah kera (apes) mampu membuat "brain surgery" (pembedahan otak) untuk memasukkan mikro-kristal ke dalam otaknya supaya boleh berfikir seperti manusia (dan terus secara evolusi menjadi manusia)? Atau memang benar Manusia itu asalnya dari tanah (clay)?
Tahukah anda apakah kebolehan mikro-kristal ini? Bagaimana ianya menghasilkan tenaga elektrik? Apa kaitan dengan piezoelektrik, pyroelektrik? Kenapa Allah SWT menyuruh malaikat (rakib dan atib) mencatat segala niat dan amalan manusia, tiba-tiba bila sampai hari kiamat Allah SWT menyediakan penimbang? Bagaimana nak timbang tulisan (catatan)? Kenapa tidak dikira saja (seperti akauntan mengira duit)? Bukankah ianya satu kerja tidak masuk akal untuk menimbang tulisan (catatan)? Kenapa Allah SWT tidak adakan super komputer lengkap dengan perisian akaun (untuk mengira jumlah dosa pahala)? Bagaimana piezoelektrik boleh menjadikan penimbang nano (penimbang maha halus)?
Cubalah anda fikirkan, insyaallah saya akan perjelaskan satu-persatu pada siri-siri akan datang.
Dosa Sembunyikan Ayat Quran Lebih Besar Dari Syirik
Tahukah anda Allah SWT mengatakan dosa orang yang menyembunyikan ayat-ayat Al-Quran lebih besar dari dosa orang yang syirik kepadaNya (kedua-duanya tidak akan diampun dosa dan masuk neraka)? Orang syirik hanya dibenci Allah SWT, tetapi orang yang menyembunyikan ayat-ayat Allah SWT bukan sahaja dibenci Allah SWT malah dibenci oleh segala makhluk Allah! Cuba fikir kenapa umat Islam menjadi mundur dan hina-dina, sedangkan mereka (umat Islam) diberikan kitab Al-Quran yang penuh dengan mukjizat!
Kenapa orang-orang yahudi (berkitabkan Taurah yang sudah "expire") lebih dahulu mempelupuri green/renewal energy dengan menggunakan piezoelektrik, sedangkan umat Islam yang diberikan Al-Quran (yang menjelaskan tentang piezoelektrik) dan sarat dengan pelbagai ilmu moden, maseh mencari-cari sumber lain seperti The Blue Wave, Kitab Kuning, Lateral Thinking, dan sebagainya?
Yakinlah, Al-Quran menjelaskan segala-galanya, Al-Quran memberi berita gembira kepada seluruh umat Islam. Ilmu di dalam Al-Quran bagaikan lautan, terlalu banyak, tidak akan habis untuk dikaji sampai ke hari kiamat! Untuk itu marilah kita sama-sama membina prasarana mengkaji Al-Quran, "Quranpedia".
Sekarang kita kembali kepada bab "Bagaimana Otak Manusia Bekerja", dan terlebih dahulu kita melihat dan mengkaji bagaimana Allah SWT mengadakan dan menjadikan makhluk sekunder (makhluk yang terjadi dari makhluk yang sudah wujud)?
Makhluk Sekunder Terjadi Dari "Daakhirun"
Makhluk sekunder adalah makhluk yang terjadi dari makhluk lain yang sudah wujud. Contohnya "Air" yang terjadi dari atom oksigen dan hidrogen. Kita tahu bahawa "atom oksigen" memang sudah wujud, begitu juga dengan "atom hodrogen". "Air" terhasil dari percantuman "atom oksigen" + "2 atom hidrogen", ini adalah hukum dan peraturan Allah SWT. Hukum dan peraturan ini akan kekal selama-lamanya, sampai ke hari kiamat, sebab Allah SWT telah berjanji tidak akan sekali-kali mengubah atau menukar hukum dan peraturan alam ini (sunnatullah).
Al-Quran menjelaskan makhluk sekunder terhasil dari ikatan (bonding) atom dan molekul, iaitu apa yang dipanggil "Daakhirun". Al-Quran menjelaskan kerja dan tugas "Daakhirun" ini ialah untuk berpusing dari kanan ke kiri-kiri untuk menghasilkan kuasa tarikan dan tolakan (medan magnet).
Adakah Nabi Muhammad seorang pakar kimia? Adakah dia tahu tentang pelbagai jenis ikatan kimia "bonding" (seperti ionic bonding, polar covalent bonding, etc)? Bagaimana Al-Quran boleh menjelaskan dengan tepat dan jitu tentang kejadian makhluk sekunder ini?
Sekarang kita melihat dan mengkaji ayat "Daakhirun", ayat yang menjelaskan tentang kejadian sekunder ini. Ayat di bawah adalah diambil dari terjemahan komputer dari perisian yang saya gunakan iaitu Harf dari Mesir versi 7.10m.

Dan di bawah ini adalah tafsiran secara harfiah mengikut kajian saya:
“Tidakkah mereka sentiasa perhatikan apa-apa yang Allah telah jadikan dari apa sesuatu, bayang-bayangnya sentiasa berpindah dan kembali ke tempat asal dalam keadaan seperti asal dari kanan dan ke kiri-kiri kerana patuh sujud kepada Allah, dan mereka itu adalah “daakhirun” (yang sengsara). An-Nahl 16:48.
Perkara pertama:
Cuba perhatikan betapa jelasnya ayat Al-Quran (tidak ada yang terselindung). Allah SWT memberitahu dengan jelas dan terus terang "ma khalaqallahu min syai-in" iaitu apa yang Allah SWT jadikan dari apa-apa sesuatu, iaitu dari apa-apa yang sudah ada yang sudah wujud.Allah SWT menjelaskan tentang kejadian makhluk sekunder! Kenapa kebanyakkan dari kita (umat Islam) hanya berfikir Allah SWT hanya buat apa-apa sesuatu secara "kun fayakun" (berkata jadi maka jadilah)? Adakah Allah SWT diktator? Atau Allah SWT memberi pilihan kepada makhlukNya?
Perkara ke-2:
Lihat pada perkataan "yatafayya-u" apabila dikaji melalui "Quranpedia", dan juga merujuk kepada beberapa kamus dan leksikon ianya membawa makna "return to the original place in original and good condition", iaitu kembali ke tempat asal dalam keadaan baik dan sempurna seperti asal.Kenapa pentingnya hukum dan peraturan yang dijadikan Allah SWT ini, iaitu "kembali ke tempat asal dalam keadaan baik dan sempurna (sentiasa dalam keadaan sama, tidak ada sebarang perubahan baik dari segi bentuk, tenaga, kelajuan, dan sebagainya)"!
Pernahkah kita dengar elektron kehilangan tenaga? elektron telah wujud sejak 14 bilion tahun lagi tetapi ianya tetap berpusing (dan berputar/spinning) mengelilingi neuklues tanpa sebarang perubahan, tanpa perubahan tenaga, tanpa perubahan bentuk, saiz, dan sebagainya. Tidakkah kita hairan betapa tepat dan jitunya ayat-ayat Quran ini? Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!
Kenapa Allah SWT menyebut bayang-bayang dan tidak berterus-terang saja menyebut elektron atau foton? Adakah manusia nampak elektron atau kita hanya nampak bayang-bayangnya sahaja?
Perkara ke-3:
"Dari kanan dan kiri-kiri". Kenapa "kiri-kiri" (as-shamaa-il) itu jamak (plural), sedangkan kanan (al-yamin) itu mufrad (singular)? Adakah ianya terlepas dari mulut Nabi (secara tidak sengaja)? Atau memang Nabi Muhammad juga pakar bidang fizik dan tahu bagaimana menghasilkan medan magnet? Atau Nabi juga pakar matematik yang tahu tentang vektor, dan pertukaran vektor ini yang menyebabkan terhasil medan magnet?Kenapa kalau "dari kanan dan kiri" (kedua-duanya mufrad) akan menjadikan keseluruhan maksud ayat ini salah dan tidak tepat lagi? Dan ianya akan menjadi bahan senda gurau ahli sains?
Adakah ayat ini diturunkan secara tidak sengaja atau memang ianya dari Allah SWT? Maha Suci Allah!
Kesimpulan
Sekarang kita sedang mengkaji bagaimana Al-Quran menjelaskan otak manusia bekerja. Namun untuk mengetahui bagaimana otak bekerja, lebih baik kita mengetahui bagaimana Allah SWT menjadikan makhluk sekunder (makhluk yang terhasil dari makhluk lain).
Al-Quran menjelaskan asal kejadian manusia adalah dari tanah, dan kini ahli sains telah menjumpai mikro-kristal dalam otak manusia (di pineal gland). Mikro-kristal ini adalah dari tanah.
Mikro-kristal bersifat piezoelektrik, boleh menghasilkan tenaga elektrik dari pergerakkan (kinetik), dan sebalik (menghasilkan pergerakkan dari tenaga elektrik). Piezoelektrik ini sudah digunakan dengan meluas di negara Yahudi untuk menjana tenaga hijau (green & renewal energy).
Al-Quran menjelaskan Allah SWT menjadi makhluk dengan beberapa cara seperti "Kun fayakun" atau dengan membenarkan makhluk itu terjadi dengan sendiri (mengikut hukum dan peraturan Allah - sunnatullah) iaitu melalui "Daakhirun" (yang sengsara), melalui proses elektrik dan kimia, proses tarikan/tolakan caj (elektrik), dan proses ikatan kimia (chemical bonding).
Insyaallah pada siri akan datang kita melihat dan mengkaji kejadian sekunder ini dengan lebih mendalam.
Segala yang baik dan benar adalah dari Allah SWT, dan segala yang salah dan silap adalah datang dari kelemahan diri saya sendiri.
Wallahu a'lam.




