Minggu, 20 Desember 2009

Konsep Muhkam/Mutashabih Dari Saidina Ali r.a.

Oleh: Khalid Yong, khalidyong@gmail.com

Pendahuluan
Alhamdulillah, bersyukur kita dapat bertemu lagi.

Siri kajian kita kali ini akan menyentuh beberapa teori seperti teori CEMI, dan teori "knowledge compression". Ianya mungkin sedikit sukar untuk difahami sebab penerangannya terlalu rengkas. Namun tidak mengapa sebab kita akan kembali membincangkan setiap konsep dan teori ini dengan lebih mendalam dan terperinci di siri-siri akan datang.

Kita bawakan teori-teori ini secara sepintas lalu untuk menjelaskan kepentingan “konsep Muhkam/Mutashabih”, kenapa ianya mesti difahami betul-betul, dan kenapa jangan campur-aduk dengan fahaman “lama” yang ada dalam kebanyakkan kitab ulumul Quran. Juga jangan campur-aduk dengan pelbagai cara tafsir lain seperti Lafziyah, harfiyah, maudu’, tematik, semantik, sintaktik, exegesis, bil ma’thur, bil ra’, dan sebagainya (kita akan bincang kemudian).

Konsep baru Muhkam/Mutashabih ini telah diedarkan kepada lebih 300 cendikiawan Islam, dan dibentangkan di 2 konferans antarabangsa. Walaupun konsep ini berbeza dari apa yang terdapat pada kitab Ulumul Quran, namun ianya 100% berasaskan ayat-ayat Al-Quran, dan apa yang ditunjukkan oleh Saidina Ali r.a.

Kenapa “Konsep Muhkam/Mutashabih” ditafsir Semula
Sebagaimana yang dijelaskan pada siri lepas, sekarang kita melihat Al-Quran dari 2 perspektif yang berbeza: Perspektif Agama, dan perspektif ICT. Saya tidak mahu mengulas tentang tafsiran yang ada dalam kebanyakan kitab Ulumul Quran yang dibuat melalui perspektif agama.

Dari perspektif ICT, konsep Muhkam/Mutashabih adalah satu mukjizat besar, maha agong. Kita memahami konsep ini dari ayat-ayat Al-Quran seperti ayat 11:1, 39:23, dan 3:7. Kita juga mengambil pengajaran dari kesah Saidina Ali r.a. yang menjawab pertanyaan ayat-ayat 51:1-4. Sekiranya makna Mutashabih adalah dilarang dalam Islam, maka Saidina Ali r.a. akan melarang Ibn Al-Kawwa’ bertanyakannya, dan Saidina Ali r.a. sama sekali tidak akan menjawab secara makna mutashabih (makna konsep atau makna yang seakan-akan sama makna).

Oleh kerana Saidina Ali r.a. adalah seorang pakar dan hebat dalam ilmu Al-Quran dan Hadith, maka kita boleh simpulkan Islam tidak melarang sama sekali sesiapa mengkaji “ayat mutashabih”, malah dengan ilmu pengetahuan yang tinggi kita boleh memberi “makna mutshabih” kepada ayat-ayat Al-Quran setelah kita mengetahui “makna muhkamnya”.

Dari peristiwa ini juga, kita boleh simpulkan setiap ayat Al-Quran ada dua unsur utama iaitu “unsur Muhkam”, dan “unsur Mutashabih”. Saidina Ali tidak membezakan antara ayat Muhkam dan ayat Mutashabih, maka ini menunjukkan setiap ayat Quran memang terdapat “makna Muhkam” dan “makna Mutashabih”, iaitu menepati kahendak ayat 11:1 dan 39:23.

Teori CEMI “Over-Haul” Konsep dan Sistem Pendidikan
Teori CEMI yang diasaskan oleh Johnjoe McFadden nampak seperti selari dengan kahendak ayat-ayat Al-Quran Az-Zaariyat 51:1-4. Kita tidak salahkan McFadden sebab membuat satu teori yang sama seperti dalam Al-Quran, kita juga tidak salahkan para ulama "kenapa tidak mengeluarkan teori CEMI ini" sebab teori ini diluar kemampuan dan bidang ilmu mereka. Ini adalah tugas dan tanggong-jawab kita bersama, kerajaan, universiti, JAKIM, alim ulama, Saintis, ICTis, dan sebagainya.

Mengikut kajian saya, teori ini sangat hebat, meluas serta mendalam impaknya. Impaknya lebih hebat dari impak ICT kepada manusia yang merubah cara manusia bekerja, berhibur, berhubung, berfikir, dan sebagainya. Ianya akan merubah halatuju, dasar, dan sistem pendidikan dunia: Pedagogi, methodologi, kurikulum, penilaian, pengreddan, semuanya kena tukar, kena “revamp”, kena “over-haul”. Kemungkinan besar Taksonomi Bloom sudah tidak relevan lagi. Pendidikan kognitif, saikomotor, dan afektif tidak berlaku secara "fizikal", secara "pengalaman dalam kelas", tetapi sebahagian besar “pendidikan” berlaku pada tahap nano, tahap subliminal, tahap “ghaib”.

Untuk memahami ayat-ayat Al-Quran yang digunakan dalam teori CEMI ini, maka kita semua mestilah berfikir, memahami dan mengkaji ayat-ayat Al-Quran berdasarkan "konsep baru Muhkam/Mutashabih", bukannya konsep lama yang berbentuk "mutually exclusive".

“Knowledge Compresssion Theory (KCT)”
Bagaimana Allah SWT mampatkan 10 lautan-dakwat ilmu (kira-kira 1,300 trilion buah buku) ke dalam Al-Quran yang hanya setebal kira-kira 500 m/s (kira-kira 6326 ayat)? Apakah Rahsianya? Bagaimana Konsep baru Muhkam/Mutashabih mampu melakukannya?.

Untuk memahami “Knowledge Compression Theory” atau KCT, maka kita mestilah memahami konsep Muhkam/Mutashabih dari perspektif "ICT", perspektif deduktif, iaitu 3-Dimension Venn Diagram. Secara rengkasnya: Ayat Quran => Makna Muhkam => Makna Mutashabih1 => Makna Mutashabih2 ....

Kita tidak boleh lagi memahami konsep Muhkam/Mutashabih seperti yang diterangkan di dalam kebanyakkan kita Ulumul Quran iaitu yang bersifat “mutually exclusive” iaitu setiap ayat Al-Quran diklasifikasikan samada “ayat Muhkam” atau “ayat Mutashabih”, tetapi mestilah difahamkan sebagai “mutually inclusive” Venn diagram. Masalah dengan konsep lama ialah ada sesetengah para ulama yang berselisih pendapat untuk menentukan ayat mana yang muhkam dan ayat mana yang mutashabih. Tetapi sebagaimana yang ditunjukkan oleh Saidina Ali r.a., kita tidak perlu berselisih pendapat, tidak perlu bergaduh, sebab dalam setiap ayat Al-Quran ada kedua-duanya sekali iaitu Muhkam dan Mutashabih.

Sekiranya konsep Muhkam/Mutashabih difaham secara konsep “lama” maka KCT tidak dapat berlaku, apabila KCT tidak dapat berlaku maka "Quran tidak akan dapat menjelaskan segala-galanya". Untuk membolehkan KCT berlaku, maka konsep muhkam/mutashabih mestilah difahami mengikut “perspektif ICT” seperti yang ditunjukkan oleh Saidina Ali r.a.

Untuk memahami KCT, mungkin ada baiknya kita memahami serba sedikit konsep “video compression”.

Video Compression
Bagaimana komputer boleh mampatkan video/filem sehingga 90%? Bagaimana filem video (gambar bergerak) yang memerlukan 30 frames/saat atau kira-kira 3.5MB/saat, boleh dimampatkan hanya dengan 0.35MB/saat tanpa menjejaskan kualiti video yang dimainkan? Tanpa mampatan ini filem video tidak akan dapat dimainkan pada layar komputer, dan “broadband” anda akan “jammed”!

Apa rahsianya? Cuba perhatikan tayangan filem di TV, tidakkah anda lihat bahagian yang “bergerak dan berubah” pada setiap layar (screen) hanya sedikit sahaja, kira-kira 5-10% sahaja. Selalunya “background” tidak bertukar, yang bertukar atau bergerak-gerak hanyalah mulut, mata, tangan, dan lain-lain, maka gambar “background” yang tidak berubah tidak perlu dihantar banyak kali, sebab gambar “background” ini sudah ada komputer, hanya perlu “refresh” dari memori. Yang perlu dihantar atau dikemaskini ialah bahagian gambar yang bergerak. Tidakkah ini satu konsep yang genius, pintar?

Adakah Al-Quran juga menggunakan konsep mampatan yang sama? Cuba kita sama-sama fikirkan.

Ulangkaji
Sebelum kita melangkau lebih jauh, baik kita buat sedikit ulang kaji. Dari perspektif ICT, Al-Quran menjelaskan segala-galanya. Oleh itu ayat-ayat Al-Quran mestilah dikaji dan difahami berdasarkan Al-Quran Bil-Quran: “User Manual” dan “Quranpedia” mestilah diambil dari ayat-ayat Al-Quran. Perkara yang ke-2 ialah, ayat-ayat Al-Quran sama sekali tidak boleh difahami secara “takwil” (agak-agak,atau pakai teka saja). Ianya mestilah berdasarkan ilmu pengetahuan yang kukuh, boleh difahami oleh akal fikiran atau boleh dikaji di dalam makmal.

Konsep muhkam/mutashabih mestilah difahami mengikut ayat 11:1, 39:23, dan 3:7, dan pengajaran dari Saidina Ali r.a menjelaskan makna mutashabih ayat-ayat 51:1-4.


Definasi "Konsep Muhkam/Mutashabih"
Konsep Muhkam/Mutashabih yang disampaikan di sini mungkin berbeza dengan apa yang para pelajar belajar di bidang Tafsir Al-Quran. Para pelajar mungkin disuruh bezakan antara ayat Muhkam dan ayat Mutashabih. Ingat konsep muhkam/mutashabih dari perspektif ICT ialah berdasarkan “Venn Diagram”. Kita tidak membahagi ayat-ayat Al-Quran secara “mutually exclusive” samada ayat Muhkam atau ayat Mutashabih, tetapi secara “mutually inclusive” iaitu setiap ayat Al-Quran ada ke dua-dua unsur iaitu Muhkam dan Mutashabih.

“Makna Muhkam” yang ada di dalam setiap ayat Al-Quran adalah “ibu makna” atau makna pokok sesuatu ayat seperti hukum, sifat, peraturan, atribut, dan sebagainya yang akan memberitahu manusia ilmu-ilmu yang “menguatkan” atau “mengukuhkan”. Ianya merangkumi sifat kebesaran Allah SWT atau menunjukkan sifat kejadian sesuatu makhluk untuk mengukuhkan pengetahuan dan ilmu manusia. Makna muhkam adalah tetap dan tidak berubah. Oleh kerana maknanya yang tidak akan berubah dan perlu difahami maka, maknanya mestilah diambil dari ayat-ayat Al-Quran yang berbahasa arab, yang tidak diterjemah ke dalam bahasa asing.

Sementara “makna Mutashabih” adalah makna yang berasaskan konsep, atau makna yang seakan-akan sama, seakan-akan serupa. Mungkin lebih mudah kita panggil “ilmu konsep” yang akan membolehkan manusia menjana dan membina ilmu-ilmu terbitan (derived knowledge). Makna Mutashabih boleh diulang-ulang, boleh dilihat dari pelbagai sudut, boleh "dinaik-taraf", dan sebagainya. Sebab itulah hanya orang-orang yang mendalam ilmu sahaja mampu “melihat” atau mengkaji makna mutashabih.



Analogi
Katakan kita diberi 6326 biji buah “A”. Kemudian kita diberitahu kesemua buah “A” adalah buah anggur (11:1). Kita juga diberitahu kesemua buah “A” adalah juga buah tamar (39:23). Oleh itu kita mesti menerima hakikat bahawa buah “A” ada mengandungi ke dua-dua unsur iaitu “unsur anggur” dan “unsur kurma”.

Pemahaman dari perspektif “agama” ialah satu-satu ayatAl-Quran hanya boleh mempunyai 1 makna sahaja, samada muhkam atau mutashabih. Tidak boleh ada kedua-dua makna dalam satu ayat. Oleh sebab itu agak sukar bagi perspektif agama untuk memahami teori CEMI dan KCT.

Jangan Kelirukan Minda
Untuk masa sekarang, tolong lupakan dulu (bukan lupakan terus) pelbagai cara tafsir seperti lafziyah, harfiyah, mauduk, tematik, semantik, sintaktik, exegisis, bil ma’thur, bil ra’, dan sebagainya. Kita akan bincang semua ini pada waktu yang sesuai nanti, insyaallah.

Kepada para ulama tafsir yang muliakan, saya tidak mengatakan metod tafsir orang lain semuanya salah, saya juga tidak kata ianya betul, baik atau buruk. Saya tidak mengulas atau menuduh mana-mana method tafsir. Saya hanya memberitahu bagaimana hendak mengkaji dan memahami ayat-ayat Al-Quran dari kacamata “ICT”, bagaimana Al-Quran memampatkan ilmu, bagaimana “indexing” dan “cross-referencing” dalam Al-Quran, bagaimana “Al-Quran menjelaskan segala-galanya”. Kepada sesiapa yang suka buat “takwil” dipersilakan “wa tafadal wa ma’jura”, tetapi dari perspektif ICT, sama sekali tidak dibenarkan membuat “takwil”.

Contoh
Supaya jelas sedikit, mari kita melihat beberapa contoh. Kita ambil contoh ayat 51:1. Di dalam ayat ini ada mengandungi DUA unsur utama iaitu “Makna Muhkam” dan “Makna Mutashabih”. Mula-mula kita ambil “Makna Muhkam” yang membawa maksud: “Demi Az-Zaariyat yang membuat penaburan bersungguh-sungguh”.

Walaupun “makna muhkam” boleh diterjemahkan ke dalam bahasa asing, tetapi pada pendapat saya ianya lebih baik digunakan dalam bahasa asal, iaitu bahasa Al-Quran sebab Allah SWT telah menjanjikan bahasa Arab/Quran “tidak bengkok”, bahkan bahasa yang tepat, padat dan sistematik. Sekiranya diterjemah kepada bahasa asing, kemungkina besar “makna pokok atau ibu makna” boleh berubah atau disalah faham. Apabila “ibu makna” sudah tidak tepat maka “makna anak” juga akan menjadi tidak tepat, dan jauh tersasar.

Setelah mengeluarkan “ibu makna” (makna muhkam), maka makna mutashabih atau makna konsep boleh difikirkan dan dikaji dengan mendalam dengan menggunakan ilmu pengetahuan yang kukuh, dan logik akal yang sempurna.

Kembali kepada contoh: Setelah dikeluarkan dan difahami “ibu makna” atau “makna muhkam”, maka ayat ini (51:1) boleh dikaji untuk mengeluarkan “makna Mutashabih” atau “makna konsep” yang akan membawa makna: “Demi Angin yang terbang sekuat-kuatnya” atau boleh juga “Demi Elektron yang menaburkan Foton”.

konsep "angin" adalah terbang, maka makna konsep untuk "Az-Zaariyat" ialah "angin" iaitu makna berdasarkan “konsep” atau “makna yang hampir sama”, atau “seakan-akan serupa”. Sekali lagi saya ingatkan, tidak semua orang boleh memberi “makna konsep” tanpa pengatahuan yang mendalam, dan asas yang kukuh. Memberi makna konsep secara takwil (agak-agak) adalah ditegah dalam Al-Quran.

Apabila Saidina Ali r.a. memberi makna “angin” pada “Az-Zaariyat” sudah tentu beliau mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam dan asas yang kukuh. Dan apabila saya memberi makna “Elektron yang menaburkan Foton”, saya ada ilmu pengetahuan tentang ICT dan asas fizik (ada Ijazah dan 20 tahun pengalaman di bidang ICT). Tambahan pula dengan adanya mikroskop elektron, kita boleh buktikan "Az-Zaariyat"="Elektron" di dalam makmal.

Contoh Lain Muhkam/Mutashabih
Begitu juga dengan ayat 51:2. ianya mengandungi 2 unsur iaitu “makna muhkam”, dan “makna mutashabih”. Mula-mula kita keluarkan “makna muhkam” atau "ibu makna" iaitu “Demi Al-Hamilat yang membawa muatan yang banyak”. Di sini Allah SWT ingin memberitahu manusia bahawa ada satu hukum atau sifat kejadian “Al-Hamilat” yang membawa muatan yang banyak.

Selepas memahami makna muhkam, barulah kita boleh mengkaji unsur ke-dua iaitu “Makna Mutashabih”. Saidina Ali r.a. memberi makna “Al-Haamilat” sebagai “awan” di mana sebagaimana kita ketahui awan ini boleh membawa muatan yang banyak iaitu “air/wap” atau “hujan”. Ianya boleh diuji dalam makmal, dan boleh difikir dengan fikiran yang waras.

Zaman sekarang sudah ada banyak peralatan canggih yang membolehkan kita untuk mengkaji (dalam makmal) dan menjana “foton” supaya membawa muatan. Lihatlah bagaimana pancaran radio, TV, dan sebagainya. semuanya menggunakan "foton" atau gelombang elektromagnetik. Keadaan ini menyamai atau menyerupai makhluk Allah “Al-Hamilat” seperti yang dikahendaki dalam ayat 51:2 untuk membawa muatan atau data yang banyak. Maka kita boleh memberi makna mutashabih "Demi Foton yang membawa data yang banyak".

Untuk ayat 51:3 dan 4, tuan/puan boleh buat sendiri, apa makna Muhkam dan apa makna Mutashabih.

Makna Mutashabih boleh diulang-ulang (berubah)
Soalan: Kenapa tafsir atau makna “Az-Zaariyat” boleh bertukar-tukar, sekejap “angin” dan sekejap “Elektron”, dan di masa akan datang mungkin makna lain pula. Mana satu yang betul?

Jawapan: Al-Quran membenarkan “makna mutashabih” diulang-ulang. Cuba perhatikan ayat 39:23 “... mutashabihan mathani ...” yang bermaksud “konsep yang berulang-ulang”. Secara logiknya memang begitu. Makna konsep memang luas sebab ianya makna yang seakan-akan serupa, nampak macam sama. Misalkan kita ambil makna konsep “kereta sport”, maka ada yang terbayang “porsche”, ada yang nampak “Ferari”, “Lamborghini”, “Lotus”, dan sebagainya. Semuanya membawa “makna konsep” kereta sport.


Formula:
Ayat Quran => Makna Muhkam => Makna Mutashabih 1 => Mutashabih 2 => Mutashabih 3 ....
Ayat 51:1 => “Az-Zariyat” => “Angin” => “Elektron” => ???
Ayat 51:2 => "Al-Hamilat" => "Awan" => "Foton" => ???

Sekarang kita faham bahawa setiap ayat Al-Quran mempunyai dua unsur atau kategori iaitu “Makna Muhkam” dan “Makna Mutasahabih”. Makna muhkam adalah “ibu makna” yang mesti dikeluarkan dan difahami terlebih dahulu, sebelum mengeluarkan makna mutashabih (makna konsep).

Makna muhkam tidak boleh ditukar-tukar, iaitu kukuh dan tetap. Sementara makna mutashabih (konsep) boleh ada banyak sebab ianya berbentuk konsep. Makna konsep ini tidak boleh dibuat secara takwil (agak-agak), hanya orang yang mempunyai ilmu yang mendalam sahaja yang boleh mengeluarkan makna mutashabih ini.


Kesimpulan

Kita telah melihat konsep baru Muhkam/Mutashabih, yang berlainan dari apa yang terkandung dalam kebanyakkan kitab ulumul Quran.

Dalil yang kita gunakan adalah berdasarkan ayat-ayat Quran seperti 11:1, 39:23, dan 3:7, dan juga sejarah yang ditunjukkan oleh Saidina Ali r.a. semasa menafsir ayat-ayat 51:1-4.

Pemahaman yang jitu terhadap konsep Muhkam/Mutashabih ini adalah tersangat penting sebab ianya adalah salah satu dari mukjizat Al-Quran. Al-Quran dapat menjelaskan segalanya-galanya dengan memampatkan ilmu 10 lautan-dakwat ke dalam hanya sebuah Al-Quran. KCT dan teori CEMI hanya boleh difahami dengan memahami konsep baru Muhkam/Mutashabih.

Pelbagai kaedah dan cara telah ditunjukkan untuk menjelaskan konsep baru Muhkam/Mutashabih. Konsep baru ini adalah dari perspektif ICT. Kita menghormati konsep lama, dan kita tidak mengatakan siapa yang betul dan siapa yang salah.

Wallahu a’lam.

Selasa, 15 Desember 2009

Al-Quran Mengajar "Venn Diagram", "User Manual","Wikipedia"



Pendahuluan

Alhamdulillah, bersyukur kita dapat bertemu lagi.

Sebelum kita menyambung kajian kita untuk 7 ayat seterusnya (51:5-11), mungkin ada baiknya kita, berhenti sejenak dan cuba faham bagaimana cara mengkaji “Al-Quran dari perspecktif ICT/Sistem”.

Untuk makluman para pembaca/pengkaji yang budiman, saya tidak ada “authority” untuk bercakap tentang Al-Quran dari segi agama sebab tidak ada kelulusan dalam bidang agama, tetapi saya ada ijazah dan lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang ICT, maka saya ada “authority” untuk bercakap tentang “Al-Quran dari perspektif ICT”.

Dari perspektif ICT, apabila Al-Quran mendakwa “Menjelaskan Segala Sesuatu”, sudah tentulah Al-Quran juga akan menjelaskan “bagaimana hendak mengkaji Al-Quran” atau “User Manual – How To Use Al-Quran”. Dan sudah tentu Al-Quran juga ada mempunyai “Wikipedia”. Konsep penulisan lengkap dengan “User Manual” dan “Wikipedia” yang ditunjukkan dalam Al-Quran, tidak pernah berlaku sehingga kurun ke-20, iaitu tidak pernah dibuat sebelum adanya komputer dan “word processor”.



“User Manual”
Secara ringkasnya, “User Manual” atau “Buku Panduan Pengguna” adalah buku panduan yang menjelaskan bagaimana hendak menggunakan sesuatu benda. Seperti buku panduan membaiki kereta, buku panduan menggunakan komputer, dan sebagainya.

“Buku Panduan Pengguna” selalunya ditulis oleh pakar atau “expert” sahaja, dan tidak boleh ditulis oleh sembarangan orang. Sebagai contoh, “Panduan Membaiki Kereta” mestilah ditulis oleh orang yang pakar dalam bidang membuat kereta. Dia tahu apa itu kereta, digunakan untuk apa, apa kelemahan dan kekuatan, dan sebagainya. Dia mesti tahu tentang “gearbox”, tentang “power steering”, tentang “engine”, “exhaust system”, dan sebaganya. Pomen biasa yang hanya tahu tukar minyak hitam tidak mampu untuk menulis buku panduan ini. Apatah lagi orang yang langsung tidak tahu memandu atau tak pernah naik kereta!

Sama juga “Panduan Menggunakan Al-Quran” mestilah ditulis oleh pakar tentang Al-Quran, yang tahu sebab dan tujuan Al-Quran diturunkan, bagaimana Al-Quran mengajar manusia menjadi “Khalifah” dan memimpin umat Islam jadi umat “khaira Ummatin”, bagaimana untuk mengeluarkan dari kegelapan kepada cahaya, menyelesaikan segala permasalahan umat, secara ringkasnya “bagaimana Al-Quran menjelaskan segala sesuatu”.

Sudah tentulah ramai yang berkerut dahi bagaimana dengan hanya kira-kira 6326 ayat Al-Quran mampu menjelaskan segala sesuatu? Mana dia user manualnya?

Pada siri akan datang kita akan buktikan dan bincang tentang “User Manual” Al-Quran dengan lebih mendalam, kenapa (dari sudut ICT) konsep “Muhkam/Mutashabih” adalah satu mukjizat yang hebat dan amat besar, kenapa perspektif ICT berbeza dengan pandangan sesetengah ulama apabila melihat konsep “Muhkam/Mutashabih”. Kenapa sesetengah mufassir merasakan konsep ini seperti duri dalam daging bahkan ada sesetengahnya mempunyai buruk sangka dengan mengatakan ada ayat-ayat Al-Quran yang samar-samar, tidak jelas, mengelirukan, dan tidak perlu dikaji.

Perbahasan “Muhkam/Mutashabih” sensitif
Perbahasan ini akan menjadi agak sensitif dan “panas”. Namun oleh kerana kita melihat Al-Quran dari perspektif yang berbeza: satu melalui perspektif Agama, dan satu lagi melalui perspektif ICT, maka seharusnya kita saling hormat-menghormati, berpadu-tenaga demi untuk menyelamatkan umat Islam yang sudah hilang jati-diri, yang dihina, dibunuh dan dihalau ketika kita menyambut Maal Hijrah (1430H), mengembalikan keyakinan umat Islam terhadap kebesaran Kalam Allah (Al-Quran), untuk meninggikan syiar Islam, dan kembali menjadi umat “khaira ummatin”.

Adakah Quran tidak mampu menyelesaikan masalah umat atau umat Islam tidak menggunakan Al-Quran dengan betul? Kalau kita salah guna Al-Quran, di mana silapnya?

Para ulama telah banyak berjasa, dan telah berjaya menjelaskan tentang halal/haram, dosa/pahala, surga neraka, dan sebagainya yang tidak mampu dijawab oleh orang-orang ICT. Dan orang-orang ICT pula menjelaskan tentang ICT, tentang komunikasi tanpa wayar, bagaimana matahari naik dari Barat, prasarana pentadbiran, subliminal influence, subconscious mind, elektron, foton, elektromagnetik, induktif, deduktif dan sebagainya (yang terdapat dalam Al-Quran) yang tidak dapat dijawab oleh alim ulama.

Jadi tidak perlu kita mencari siapa yang bersalah, tidak perlu kita nak tunjuk siapa kuat, siapa yang lebih pandai, dan siapa yang lebih berpengaruh. Semua kita akan mengadap Allah SWT. Allah suruh Umat Islam mengkaji ayat-ayat Al-Quran, dan Allah akan menyiksa sesiapa yang menyimpan ayat-ayatNya untuk kepentingan diri sendiri. Sekarang mari kita satukan otak, dan bergabung tenaga, kita buka minda kita, jangan terlalu jumud. Kita ambil yang baik, dan jauhkan yang buruk. Semua yang baik adalah dari Allah, dan yang buruk adalah datangnya dari diri saya sendiri.


“Wikipedia”

“Wikipedia” pula adalah “Ensaiklopedia Cepat” untuk menjelaskan sesuatu makna, benda, orang, dan sebagainya. Oleh kerana Al-Quran adalah kitab yang menjelaskan segala-galanya maka Al-Quran juga sepatutnya mempunyai “Quranpedia” yang menjelaskan setiap makna dan konsep yang terdapat dalam Al-Quran.

Sama seperti “Buku Panduan Pengguna”, untuk mengadakan “Wikipedia” atau “Quranpedia” juga memerlukan ilmu pengetahuan yang tinggi dan pelbagai, malah lebih tinggi dari ilmu pakar membuat kereta. Kita ambil contoh yang sama, untuk mengadakan “wikipedia” dalam buku panduan “Bagaimana Membaiki Kereta”, seseorang itu mestilah tahu pelbagai bidang ilmu seperti ilmu fizik, dan kimia. Dia mesti tahu tentang “velocity”, “centrifugal force”, “composite material”, “viscocity”, dan sebagainya.

“User Manual” dan “Quranpedia” Dari Quran

Oleh yang demikian maka tidak ada cara lain untuk memahami kahendak ayat-ayat Al-Quran melainkan dengan menggunakan metod “Al-Quran Bil-Quran” iaitu ayat-ayat Quran menjelaskan ayat-ayat Quran yang lain. “User Manual” mestilah diambil dan difahami dari ayat-ayat Al-Quran, dan begitu jugalah “Quranpedia” mestilah diambil dari Al-Quran.


Al-Quran adalah Super-Computer

Dari perspektif ICT, kita melihat Al-Quran adalah sebuah “super-computer” yang amat hebat, yang menyimpan segala macam informasi. Apa rahsia Al-Quran yang hanya mengandungi kira-kira 6326 ayat (kira-kira 78,000 patah perkataan) tetapi boleh menjelaskan segala-galanya? Sedangkan buku panduan “Bagaimana Membuat Kereta Proton” yang berpuluh-puluh jilid pun masih tidak dapat menjelaskan “bagaimana nak buat segala jenis kereta”!

Allah SWT berkata Al-Quran mengandungi 10 lautan-dakwat ilmu, dan kalau dijadikan buku ianya dapat mengeluarkan lebih dari 13,000 trilion buah buku, kalau disusun buku-buku ini boleh buat 7 jambatan dari Bumi ke Matahari! Kenapa umat Islam pada hari adalah manusia yang paling sedikit mengeluarkan ilmu pengetahuan saintifik, hanya kira-kira 2% dari 1.3 bilion penduduk berbanding dengan orang Yahudi lebih 10% dari hanya kira-kira 15 juta penduduk?

Cuba tengok di sekeliling kita, siapa reka/buat komputer, satelit, jet, alat-alat komunikasi, microwave oven, Radio/TV, kapal selam, dan sebagainya? Kalau kita tengok barang-barang toilet (shampoo, sabun, ubat gigi, dsb) kebanyakkanya datang dari Thailand.


Kitab Ulumul Quran

Kita tidak mahu mengulas Kitab Ulumul Quran (kitab yang menerangkan cara-cara menafsir ayat-ayat Al-Quran) sebab ianya dibuat oleh para ulama yang melihat Al-Quran dari perspektif Agama. Sudah tentulah apa yang mereka buat adalah yang terbaik, dan tidak mampu untuk kita mengadakannya.

Namun begitu, apabila kita mengkaji sesetengah kitab ulumul Quran, kita dapati konsep “muhkam dan mutashabih” adalah berbeza. Perspektif ICT adalah sama seperti apa yang diajar oleh Saidina Ali r.a. iaitu konsep yang genius, amat pintar, dan diluar kemampuan pemikiran manusia, bukannya sesuatu yang samar-samar.

Secara ringkasnya, konsep “Muhkam/Mutashabih” adalah konsep Venn Diagram, tetapi lebih hebat dan sofisticated sebab ianya 3-D Venn Diagram! Kenapa tidak ada umat Islam yang mencipta “Venn Diagram” sedangkan Al-Quran telah menjelaskannya sejak 1,400 tahun lagi? Kenapa pula John Venn seorang matematician dari British yang mempeloporinya (1834 – 1923)?

Sebelum kita pergi lebih jauh dan mendalam lagi, baik kita kembali ke soalan siri yang lepas iaitu tentang penambahan “angin”, “awan”, “kapal-kapal”, dan “malaikat” dalam ayat-ayat 1-5 Az-Zaariyat.


Sejarah: Saidina Ali r.a dan Az-Zaariyat 51:1-4


Sejak itu, ada penafsir yang meletakkan perkataan “Angin”, “Awan”, “Kapal-kapal”, dan “Malaikat” dalam terjemahan mereka. Cuba lihat terjemahan ayat 51:1-4 di bawah, Dipetik dari: “The Holy Qur’an version 7.10m, Harf Information Technology (HIT). Egypt.” dan bandingkan dengan tafsir Fi-zilalil Quran – oleh Syed Qutb (pada siri yang lepas).



Kacamata ICT

Untuk menjawab soalan pada siri lepas, kedua-dua tafsiran ini adalah betul dan bertepatan dengan kahendak Al-Quran. Tafsir Syed Qutb (dan juga beberapa tafsir muktabar yang lain seperti Ibn Kathir) mentafsir ayat-ayat ini dari perspektif “Muhkam” berdasarkan nas ayat Hud 11:1, manakala kebanyakkan tafsir/terjemahan lain mengikut apa yang dijelaskan oleh Saidina Ali r.a. iaitu berdasarkan “Mutashabih” yang mengikut nas Az-Zumar 39:23.

Saidina Ali r.a. adalah seorang yang amat bijak dan pakar dibidang Al-Quran dan Al-Hadith, maka di sini kita dapat mengambil pengajaran yang amat penting lagi hebat untuk menjelaskan konsep “Muhkam/Mutashabih”.


Kesimpulan

Siri Kajian “Al-Quran dan ICT” kini memasuki “bab ke-2” selangkah maju kehadapan, ke bab yang agak teknikal dan sensitif iaitu membincangkan perkara pokok yang amat penting iaitu “Bagaimana Mengkaji Al-Quran”.

Konsep “Muhkam/Mutashabih” seperti yang diajar oleh Saidina Ali r.a berdasarkan ayat-ayat 11:1, 39:23, dan 3:7, adalah satu konsep yang genius dan amat hebat sekali yang membolehkan “Al-Quran Menjelaskan Segala Sesuatu”, di mana ada sedikit perbezaan dengan sesetengah mufassir.

Kehebatan dan kemukjizatan Al-Quran semakin terserlah apabila kita buktikan Al-Quran itu adalah “super-computer” kitab yang melampau zaman. Konsep menulis buku yang disertakan dengan “User Manual” dan “Wikipedia” yang diajar oleh Al-Quran hanyalah dipraktikkan pada akhir kurun ke-20. Begitu juga ilmu matematik “Venn Diagram” telah diajar oleh Al-Quran sejak 1,400 tahun lagi.

Wallahu A’lam.

Kamis, 03 Desember 2009

Al-Quran Menjelaskan Transceiver/Komputer

Oleh: Khalid Yong, khalidyong@gmail.com

Pendahuluan

Alhamdulillah kita dapat menyambung siri Kajian “Al-Quran dan ICT”, dan pada kali ini kita akan mengkaji ayat ke-4 “Dan Demi Pembahagi yang membahagi Arahan”. Kita akan membuat sedikit ulang kaji ayat 51:1-3, kemudian kita mengkaji perubahan bentuk (Metamorfosis atau transformasi) yang berlaku, dan kita akan melihat betapa tepat dan hebat tertib-susunan (chronological sequent of events) ayat-ayat Al-Quran mengajar manusia bagaimana menjana komunikasi tanpa wayar.

Seterusnya kita sama-sama fikirkan adakah ayat-ayat ini dibuat secara kebetulan atau memang ianya dirancang dengan rapi dengan ilmu pengetahuan yang amat tinggi.

Pada siri akan datang kita akan bincang kenapa sesetengah kitab tafsir memasukkan perkataan “Angin”, “Awan/Hujan”, “Kapal-kapal”, dan “Malaikat” ke dalam kitab terjemahan ayat-ayat ini, kenapa ini boleh berlaku, dan dari mana perkataan-perkataan ini datang.


Ulangkaji

Kita sekarang sedang mengkaji ayat-ayat Quran yang menjelaskan tentang ICT (wireless communication technology) iaitu 11 ayat berturut dalam surah Az-Zaariyat (surah Makiyyah, 60 ayat). Di bawah ini adalah petikan dari terjemahan Fi-Zilalil Quran karangan Syed Qutb ayat 51:1-4.



Ayat 51:1 “Demi Elektron Yang Menabur”
Pada ayat 51:1 kita mengkaji perkataan-akar (root word/jazru kalimah) “Zara” yang bermakna “terbang dan menabur” (to scatter/disperse) iaitu asas kepada perkataan “Az-Zaariyat” dan “Zarwa”. Pada ayat ini Allah SWT telah bersumpah dengan “Az-Zaariyat” untuk menunjukkan betapa penting dan hebatnya makhluk ciptaan Allah ini. Nahu “Al-Maf’ulul mutlaq” digunakan untuk menjelaskan “Zarwa” untuk memberi makna kesan semulajadi yang melampau dari perbuatan “Az-Zaariyat”. Pada hari ini ahli sains telah menjumpai satu makhluk yang sama dengan penjelasan ayat 51:1 iaitu “elektron” apabila ia terbang keluar dari orbitnya maka berlaku satu penaburan foton yang teramat banyak dan yang terbang dengan teramat laju.


Ayat 51:2 “Dan Demi Foton Yang Membawa Data”

Ayat 51:2 disambung dengan “Fa” maksudnya berlaku kesinambungan yang segera/cepat atau perubahan (tranformasi) dari “Az-Zaariyat” kepada “Al-Haamilat”. Perkataan ini berasal dari “Hamala” yang bermakna membawa (to bear/carry/lift) dan “Al-Haamilat” bermakna “Pembawa”. Perhatikan perkataan “hamil/pembawa” di sini adalah seperti ibu mengandung (wanita hamil) di mana ibu dan anak adalah satu jasad yang tidak boleh dipisahkan.

Dari segi ICT, “Al-Haamil” dan “Data” memang tidak dapat dipisahkan sebab kedua-duanya merupakan satu benda yang sama, yang tidak dapat dipisahkan.

Perkataan “wiqra” bermakna muatan yang banyak (burden, to be heavy, could not be heard), dan nahunya ialah “Maf’ulumbih” yang menjelaskan objek yang dibawa iaitu muatan yang banyak tetapi tidak boleh didengar oleh telinga manusia. Maha hebat! Lihat, Al-Quran mengajar manusia supaya membezakan antara gelombang bunyi (berbentuk mekanikal, bergerak melalui perlanggaran molekul udara), dan gelombang elektromagnetik (fotonik, bergerak melalui gelombang).

Gelombang bunyi bergerak pada kelajuan kira-kira 0.34 km/saat, sedangkan gelombang cahaya pada kelajuan 300,000 km/saat!


Ayat 51:3 “Demi Elektromagnetik meluncur dengan teramat mudah”

Ayat 51:3 juga disambung dengan “Fa” untuk menunjukkan berlaku kesenambungan atau perubahan (transformasi) dari “Al-Haamilat” kepada “Al-Jaariyat”. Perkataan “Jara” bermakna berlari atau meluncur (to flow, glide, run, be current), maka “Al-Jariyat” bermakna peluncur atau pelari. Perkataan “Yusra” bermakna “kemudahan atau kesenangan” (with ease), dan nahunya adalah “Al-maf’ulul mutlaq” untuk menunjukkan semudah-mudahnya, sesenang-senangnya (tanpa sebarang halangan).

Di sini Al-Quran memastikan bahawa gelombang ini adalah gelombang elektromagnetik (cahaya), dan bukannya gelombang bunyi. Gelombang bunyi tidak dapat bergerak/meluncur dengan semudah-mudahnya sebab ianya berbentuk mekanikal. Ia bergerak melalui perlanggaran jasad (molekul udara), tanpa jasad (seperti vakuum) bunyi tidak boleh bergerak. Bunyi juga tidak boleh bergerak melalui penghadang seperti dinding.


Ayat 51:4 “Demi Transceiver/Komputer yang membahagi arahan”

Ayat 51:4 “Dan Demi Pembahagi yang membahagi arahan”. Ayat ini juga mengandungi 3 patah perkataan “Fa”, “Al-Muqassimat”, dan “Al-Amra”. “Fa” adalah penyambung dari ayat 51:3. Perkataan “Muqassim” adalah perkataan pembuat (ismul fa’il/active participle) dari perkataan-akar qasama yang bermakna pembahagi (to apportion, divide, distribute). Maka “Al-Muqassimat” bermakna “Pembahagi” (distributors). “Amra” adalah masdar (verbal noun) yang bermakna urusan/arahan/berita (matter/affair, news, cammand), yang berasal dari kata-kerja “amara” yang bermakna mengarah (commanded). Dari segi nahu “amra” adalah objek yang kena buat (maf’ulumbih).

Kita telah mengkaji dari segi makna, kesinambungan, hukum, dan sifat ke-empat-empat makhluk kejadian Allah SWT iaitu Az-Zaariyat, Al-Haamilat, Al-Jaariyat, dan Al-Muqassimat. Dari segi nahu, kita ketahui “Zarwa” adalah “almaf’ulul mutlaq”, “Wiqra” adalah “Maf’ulumbih”, “Yusra” adalah “Al-maf’ulul mutlaq”, dan akhir sekali “Amra” adalah “maf’ulumbih”. Sudah tentu ianya amat menarik untuk kita sama-sama mengkaji kenapa ianya berpasang-pasangan.


Metamorfosis 4 Makhluk Ciptaan Allah

Di dalam ayat 51:1-4, Allah SWT telah bersumpah dengan 4 makhluk penting Az-Zaariyat, Al-Haamilat, Al-Jaariyat, dan Al-Muqassimat. Setelah dikaji dari segi Saintifik/ICTifik kita rumuskan ke empat-empat makhluk ini ialah Elektron, Foton, Gelombang Elektromagnetik, dan Transceiver.

Al-Quran menjelaskan Allah SWT telah mencipta satu makhluk yang dipanggil “Az-Zaariyat” yang mematuhi satu hukum (peraturan) iaitu akan membuat penaburan yang teramat banyak apabila ia terbang (keluar dari orbitnya). Hasil dari penaburan ini, maka terjadilah makhluk ke-dua “Al-Haamilat”, iaitu yang bersifat boleh membawa muatan yang banyak.

Makhluk ke-3, “Al-Jaariyat” terbentuk setelah makhluk ke-dua membawa muatan, dan ianya pula mematuhi satu hukum iaitu meluncur dengan teramat mudah (tanpa ada sebarang benda yang boleh menghalang pergerakkan atau perjalanannya). Dan akhir sekali Al-Quran menjelaskan makhluk ke-4 “Al-Muqassimat” yang bersifat membahagi data atau arahan.

Insyaallah di siri akan datang kita akan bincangkan bagaimana elektron boleh melompat keluar dari orbitnya untuk menghasilkan tenaga foton, bagaimana tenaga foton ini menghasilkan gelombang elektromagnetik (EM), bagaimana data dibentuk, dikumpulkan, dan dibahagi-bahagikan, dan seterusnya kesan baik dan buruk EM kepada manusia dan alam sekitar.


Tertib Susunan (chronology/sequence of events)

Oleh kerana Allah SWT menggunakan penyambung ‘Fa’ dalam ayat-ayat ini, maka ia bermakna terdapat metamorfosis (perubahan bentuk/sifat) atau transformasi (peralihan keadaan) yang hendak dijelaskan kepada manusia.


Chronology

Az-Zariyat ==> Al-Hamilat ==> Al-Jariyat ==> Al-Muqassamat
Penabur ==> Pembawa data/muatan ==> Peluncur ==> Pembahagi data/arahan
Elektron ==> Foton ==> Gelombang Elektromagnetik ==> Transciver

Mungkinkah Nabi Muhammad SAW sudah mempunyai pengetahuan tentang makhluk-makhluk ini? Mungkinkah Baginda Nabi SAW tahu kronologi atau tertib-susunan mahkluk ini supaya ianya bermakna dan dapat digunakan oleh manusia? Tidakkah ini membuktikan Al-Quran itu kalam Allah?

Bolehkah Foton terhasil sekiranya elektron tidak terbang/melompat keluar dari orbitnya? Boleh gelombang elektromagnetik meluncur sekiranya tidak ada tenaga foton? Dan bolehkah “transceiver” mengumpul dan membahagi data/arahan sekiranya gelombang tidak ada?

Ke empat-empat ayat ini MESTI disusun dalam tertib sebegini, kalau tidak komunikasi tanpa wayar tidak boleh berlaku. Misalnya tidak boleh kita luncurkan foton terlebih dahulu kemudian baru kita cuba mengisi (mengkod) data. Begitu juga foton tidak akan bertabur sekiranya elektron tidak melompat keluar orbit. Tidakkah susunan 4 ayat ini amat menakjubkan?

Sekiranya anda merasakan ianya berlaku secara rawak atau kebetulan, nanti kita akan mengkaji 7 ayat seterusnya (51:5-11). Mungkinkah seorang yang buta-huruf mampu menyusun kesebelasan ayat ini?

Maha Suci dan Maha Agong Allah SWT.

Wallahu A’lam.