Pengkaji/pengarang: Khalid Yong - Quranalyst akhalidyong@gmail.com
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT kerana maseh diberi masa, ruang dan peluang untuk kita semua sama-sama mengkaji kitab yang maha agung, yang maha hebat, kitab Al-Quran yang lebih baik dari segala-gala kitab samada yang sedang mahupun yang akan dikarang oleh manusia dan jin (Al-Quran Yunus 10:58). Marilah kita bersatu dan kembali ke jalan Allah dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
Marilah kita berselawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seluruh ahli keluarga baginda, sekalian nabi dan rasul, para sahabat dan para tabiin, juga kepada seluruh pejuang Islam, para alim-ulama, dan seluruh muslimin/muslimat dan mukminin/mukminat.
Dengan izin Allah SWT kita berjumpa lagi dalam siri "Kajian Al-Quran dan ICT", iaitu mengkaji ayat Quran dengan metod Al-Quran bi Al-Quran (QbQ) seperti yang dikahendakki Allah SWT iaitu menggunakan konsep tasrif (Al-An'am 6:65). QbQ adalah rekersif antara ayat-ayat muhkamat dan ayat-ayat mutasyaabihat seperti yang dikahendakki pada ayat-ayat 3:7, 11:1, dan 39:23. Ianya satu metod yang amat luarbiasa, "very powerful", dan sesiapa yang berakal waras akan terpegun dan terpesona dengan kecanggihan metod QbQ ini. Masyaallah!
Al-Quran menjelaskan dunia menjadi rosak sebab "tangan-tangan manusia" yakni kesan dari ilmu epistemology yang hanya nampak perkara zahir sahaja. Kita lihat begitu banyak kerosakkan yang telah berlaku hasil dari perkembangan ilmu sains (ilmu epistemology), ilmu yang hanya nampak benda-benda fizikal sahaja. Maka sudah sampai masanya kita melakukan pemulihan dan penambah-baikkan ke atas dunia yang samakin "uzur" ini dengan proses "Islamization of Knowledge", iaitu menyaring ilmu epistemology (membuang segala kotoran) melalui ilmu ontology (ilmu Al-Quran), dan Quranpedia sebagai enjin penjana ilmu ontology.
Metod QbQ Harapan Baru Pemuda Islam
Selama lebih lima 5 tahun saya berjuang dalam Islam terutama untuk memulihkan kembali keyakinan umat Islam terhadap kebesaran, keagongan, dan kehebatan kitab suci Al-Quran saya dapati orang-orang muda begitu dahagakan ilmu-ilmu dari Al-Quran, mereka menanti-nanti berita hebat dan gembira dari Al-Quran. Di setiap seminar dan ceramah yang saya pergi (bentangkan kertaskerja), saya dapati para pemuda lebih terbuka minda mereka, namun sayang sekali terdapat segelintir ulama yang sebaliknya. Maka tidak hairan Prof. Dr. Hamka mengatakan "orang-orang muda sangat dahagakan ilmu dari Al-Quran, namun para ulama telah mengadakan pelbagai syarat yang amat ketat (untuk mengkaji Al-Quran) sehinggakan hampir tidak akan ada sesiapa yang dapat memenuhinya".
Begitu juga keluh Prof. Dr. Syed Naquib Al-Attas ketika menyampaikan ucaptama Seminar Kebangsaan di UIA mengatakan "the greatest enemy of Islamization of Knowledge is not the western scholars but muslim intellectual themselves" (musuh paling besar dalam menjayakan proses pengislaman ilmu ialah para ulama Islam itu sendiri, bukannya para saintis Barat).
Malah pada seminar baru-baru ini ada seorang ulama yang telah lama berkhidmat di USIM mempersoalkan kerelevanan "I OK" (Islamization of knowledge). Saya menjawab selain dari nusus Al-Quran yang jelas, cubalah kaji pada hanfon yang tuan sedang gunakan sekarang. Dia mengakui kebenarannya sebab pernah melihat bagaimana sebiji telur boleh menjadi masak apabila diletakkan antara dua hanfon yang sedang aktif berkomunikasi. Saya menambah lagi, lihatlah di negara-negara maju di mana mereka telah menukar dari "free Wifi" (Wifi percuma) kepada "Wifi Free" (kawasan bebas dari pancemaran Wifi). Saya bertanya, adakah dia lihat perkara sebaliknya berlaku di Malaysia (dan negara-negara Islam yang lain). Kenapa ini terjadi? Kenapa Al-Quran suruh menapis semua ilmu sains Barat (epistemology) dengan menggunakan ilmu ontology dari Al-Quran?
Wajib "I OK": Menapis dan Membersih Ilmu Sains (Ilmu Epistemology)
Kita tidak nafikan terdapat banyak manfaat dan kebaikan dari ilmu Sains, iaitu ilmu yang dihasilkan dari kehebatan manusia menggunakan pacaindera mereka untuk mengkaji dan meneroka segala hukum, sifat, dan kejadian alam ini. Namun sebagaimana yang kita yakini pada Rukun Iman ke-6, iaitu wajib percaya kepada "Qadar" (Qada' dan Qadar) bahawa semua makhluk ini dicipta oleh Allah SWT dengan "qadar" masing-masing, dengan "had kemampuan masing-masing", dengan spesifikasi masing-masing, dengan kebolehan masing-masing, dengan "kadar" masing-masing. Tujuan Rukun Iman ke-6 ialah supaya manusia tahu bahwa semua makhluk adalah lemah, dan hanya Allah SWT Tuhan yang Esa lagi Maha Berkuasa lagi Perkasa, yang tidak ada "qadar", tidak ada had atau kelemahan padaNya. Yang wajib kita yakin dan percaya pada rukun Iman ke-6 ialah segala makhluk adalah lemah, hanya Allah SWT sahaja yang Maha Berkuasa.
Lihatlah sekarang pada pelbagai hasil daya kreatif manusia, hasil ilmu sains, ilmu epistemology, walaupun terdapat banyak manfaat, namun terdapat banyak kelemahan dan kekurangan. Ini jelas membuktikan bahawa akal-fikiran dan kebolehan manusia ada had dan batasannya, tidak dapat menandingi ilmu dan kekuasaan Allah SWT seperti yang dijelaskan dalam ayat Al-Qamar 54:49. Contohnya lihat pada ilmu dan teknologi komunikasi tanpa wayar.
Bacalah surat (artikel) di atas, dan kajilah pelbagai hasil kajian yang telah dibuat ke atas kesan buruk dan bahaya dari pencemaran radiasi gelombang elektromagnetik. Sekarang sudah terbukti terdapat kesan buruk dalam ilmu-ilmu sains (ilmu epistemology) yang diaplikasikan tanpa terlebih dahulu dimurnikan, di "I OK" kan, dengan ilmu Al-Quran (ilmu ontology). Oleh yang demikian, ilmu-ilmu yang dihasilkan melalui pacaindera manusia (ilmu sains) walaupun nampak hebat dan bermanfaat, namun ianya juga mengandungi banyak kelemahan dan bahaya yang boleh merosakkan alam dan pelbagai kehidupan.
Cuba bayangkan kesan baik kepada alam dan ekonomi negara sekiranya ulama Islam dapat memurnikan ilmu wireless komunikasi melalui proses "I OK"? Sudah tentulah "Islamic Wifi atau hanfon" akan menjadi satu fenomena dan mendominasi ekonomi komunikasi tanpa wayar dunia. Bukan sahaja para ulama Islam membuktikan mereka maseh lagi relevan, malah membuktikan kehebatan dan kemukijzatan Al-Quran. Cuba bayangkan betapa besarnya pulangan ekonomi hasil dari "Islamic hanfon" ini berbanding dengan "Samsung" yang hanya mengeluarkan "generic hanfon"?
Quranpedia Menjana Value-added Economy!
Cuba bayangkan apa akan terjadi sekiranya para ulama dan saintis bergabung dan dapat mengeluarkan Wifi dan hanfon yang mesra alam? Cuba bayangkan betapa besarnya sumber keuntungan? Betapa banyaknya peluang pekerjaan baru yang dapat diadakan?
Cuba tengok bagaimana syarikat dari Korea "Samsung" sanggup mengambil risiko yang tinggi iaitu melabur RM 125 bilion pada tahun 2006 untuk menyediakan berpuluh ribu peluang pekerjaan baru dan dapat pulangan yang begitu lumayan sehingga RM 20 bilion setiap tahun (balik modal dalam hanya 7 tahun sahaja)! Sedangkan industri hanfon teramatlah "crowded", dan ianya hanyalah kira-kira 20% sahaja dari kesuluruhan industri ICT komunikasi tanpa wayar, yang bernilai bertrilion US dolar!
Adakah pelaburan untuk membina prasarana ilmu Quranpedia mencecah sampai RM 125bilion? Sudah tentu tidak, paling banyak pun hanya beberapa juta sahaja! tetapi apakah hasilnya dan kesannya? Apa kesannya kepada ekonomi negara, kepada dasar ekonomi tambah-nilai Najib Razak? Berapa ramai cerdik pandai dan para ulama akan dapat membina ekonomi baru, Quranomi, untuk negara? Berapa banyak industri akan mendapat mengecapi kesenangan dan kesejahteraan dari prasarana ilmu Quranpedia ini? Berapa banyak IPTA/IPTS yang akan dapat menjayakan visi dan slogan mereka untuk menjadi universiti yang terbaik di dunia apabila adanya prasarana ilmu Quranpedia?
IPTA Malaysia Berbelanja Besar!
Kesah IPTA Malaysia berbelanja besar dengan wang rakyat tetapi hasilnya tidak seberapa sudah mula terdedah kepada umum dan yang memburukkan lagi telah disedari diperingkat antarabangsa dan tidak boleh disembunyikan lagi di bawah permaidani. Dulu rakyat dan orang ramai tidak tahu apa yang berlaku di dalam IPTA/S tetapi kini sudah ramai rakyat yang membuka mata. Dulu bujet pendidikan ini hanya dibahaskan di Parlimen sahaja, hanya orang-orang tertentu sahaja tahu apa yang sebenarnya terjadi dengan duit rakyat berbilion ringgit ini.
Sekarang sudah ramai rakyat yang mula sedar, mereka bercakap tentang IPTA di warung dan di kedai-kedai kopi. Ada segelintir orang muda cepat naik angin dan panas baran, mereka mahu didengari, maka menggunakan kritikan yang melampau sehingga ada yang sanggup mempersendakan Islam (orang Melayu). Mereka mungkin tidak berniat untuk mempersendakan Islam, bukan sebab mereka bencikan Islam tetapi untuk menzahirkan perasaan tidak puas-hati mereka.
Oleh yang demikian kita ambil segala kritikan dengan positif, walaupun amat pedih namun kita harus terima hakikat sebenar, kita akui kelemahan dan kesilapan kita. Kita bangkit semula untuk membetulkan dan menambah-baik keadaan, menambah-baik diri kita sendiri, menambah-baik cara orang Melayu (orang Islam) berfikir, bukannya bertindak-balas menghukum mereka. Kita ambil contoh Nabi Muhammad SAW tidak pernah menghukum atau bertindak balas terhadap wanita yahudi mempersenda dan menghina Baginda. Malah baginda rasul membalas dengan layanan yang baik ketika wanita yahudi itu jatuh sakit.
Kita tidak boleh marah mereka sebab hak istimewa yang diberikan kerajaan kepada IPTA (orang-orang Melayu) agak besar. Malang sekali semakin besar perbelanjaan diberikan kepada IPTA semakin menggerudum jatuh ke bawah. Pening kepala menteri! Semakin besar cita-cita, semakin hebat visi dan slogan IPTA semakin rendah hasilnya, semakin tidak bermutu jadinya. Yang menjadi mangsa ialah para pelajar, para graduan, dan seluruh umat Islam (Melayu).
Saya berharap IPTA/S terutama yang berlabelkan Islam, para ulama, terutama ketua-ketua dekan dan jabatan (terutama fakulti Islam) bersedia untuk meneliti dan mendalami projek Quranpedia ini. Projek ini sudah sampai ke tahap diluar kemampuan saya, tetapi merupakan "chicken feed" bagi mana-mana IPTA sebab mereka sudah ada prasarana yang lengkap dan pihak kerajaan pula sentiasa memperuntukkan perbelanjaan yang besar. Sepatutnya sudah ada beberapa IPTA yang tersenarai dalam "top 100" terbaik dan bukannya menggerudum ke paras bawah 400 dunia!
Ontology vs Epistemology
Apabila berbincang tentang Quranpedia, kita mesti faham istilah "ontology", dan apabila bercakap tentang "I OK" kita mesti faham istilah "epistemology" dan juga "ontology". Kalau tidak faham berbezaan dan persamaan antara "ontology" dan "epistemology", maka tidak akan faham proses "Islamization of Knowledge". Apa benda sebenarnya "ontology" dan "epistemology" ini?
Apabila saya sebut perkataan "ontology" saya maksudkan ilmu yang dijana secara deduktif, secara top-down, secara dari general premis kepada spesifik konklusi, berdasarkan usul dari ayat-ayat mutasyabihat iaitu metod QbQ. Ianya berlawanan dengan "epistemology" yang mana ilmunya dijana secara induktif, secara bottom-up, dari spesifik premises kepada general konklusi.
Secara ringkasnya ilmu epistemology ini adalah ilmu yang dihasilkan dari pemerhatian atau penggunaan pacaindera (mata, hidung, mulut, telinga, dan kulit), atau dalam bahasa mudah ialah "ilmu sains" seperti yang dijana berdasarkan kajian makmal, atau pengembaraan angkasa-lepas, atau penggalian bumi, dan sabagainya. Sebagai contoh setiap kali balik kampung di Terengganu ayam akan berkokok sebelum subuh. Apabila balik kampung di Kelantan kita dapati ayam juga berkokok sebelum subuh, kita balik di Selangor ayam juga berkokok sebelum subuh, kita ke Jakarta dan Bukittinggi ayam juga berkokok sebelum subuh, dan di mana-mana kampung kita pergi kita dapati ayam akan berkokok sebelum subuh. Oleh itu kita buat kesimpulan semua ayam akan berkokok sebelum waktu subuh.
Ilmu Epistemology Ada Kelemahan
Ilmu yang diperolehi secara pemerhatian ini kita panggil ilmu epistemology. Ilmu "ayam berkokok sebelum subuh" tadi kita perolehi dari pemerhatian dan pengamatan (menggunakan deria dengar, telinga) sebab misalnya kokokan ayam mengganggu kekusyukkan solat tahjud kita. Walaupum ayam-ayam tadi mengganggu kita namun ianya ada juga kebaikkannya. Oleh kerana kita sudah tahu, sudah berilmu, sudah pandai sikit, sudah belajar dari kokokan ayam, maka apabila ayam berkokok kita tahu itu maknanya sudah hampir masuk waktu solat subuh. Dengan ilmu itu, "apabila ayam berkokok" maka kita pun bolehlah menutup solat malam kita dengan solat witir. Tanpa kokokan ayam-ayam tersebut, kadang-kadang kita terlepas solat witir.
Kita perhatikan ilmu yang diperolehi secara epistemology ini, walaupun ada banyak kebaikkan namun terdapat juga kelemahan dan kekurangan. Kadang-kadang ada juga ayam yang terlupa berkokok pagi. Misalnya ayam-ayam di Malaysia, sejak zaman Hang Tuah lagi sehinggalah ke tahun 2000 (beratus-ratus tahun lamanya), memang tidak pernah lupa untuk berkokok sebelum subuh, tetapi setelah menjadi negeri maju, setelah adanya padang golf menjadikan kehidupan ayam-ayam di kampung tersebut tidak lagi aman dan tenteram. Lampu-lampu di padang golf yang terang benderang mengganggu waktu tidur ayam. Selalunya pukul 8 malam sudah lena dilamun mimpi tetapi sejak ada padang golf pukul 2 pagi baru dapat tidur setelah lampu-lampu dimatikan.
Dengan menggunakan contoh yang mudah ini, kita dapati ilmu-ilmu yang dijana dengan menggunakan pacaindera, iaitu ilmu epistemology, ada banyak kelemahan. Kelemahan-kelemahan ini boleh memudaratkan alam dan juga segala kehidupan, termasuklah manusia. Oleh yang demikian ilmu-ilmu epistemology ini mestilah dimurnikan, mestilah ditambah-baik dengan ilmu-ilmu yang lebih sempurna yang lebih benar, yang lebih kekal iaitu ilmu ontology (ilmu yang dijana dari Al-Quran). Inilah metod saya untuk "I OK" (Islamization of Knowledge).
Proses "I OK" yang saya perkenalkan ini berbeza dari apa yang perkenalkan oleh Prof. Syed Naqib Al-Attas dan Prof. Dr. Ismail Faruqi. Proses "I OK" saya ini bukanlah retorik, tetapi berdasarkan proses pengkomputeran yang "mudah", mudah difahami dan mudah diaplikasikan. Apabila seseorang faham konsep Quranpedia, faham metod QbQ, faham konsep rekersif, artificial intelligence, knowledge base, faham propositional dan predicate calculus, speach act theory, tahu kaedah bahasa Arab, faham ayat-ayat muhkamat dan mutasyaabihat, dan serba sedikit ilmu-ilmu lain.
Penciptaan Hanfon
Walaupun tidak secanggih ilmu-ilmu sains Barat yang lain, namun "kaedah pengeluaran" kokok ayam tadi adalah sama, iaitu secara epistemology. Lain-lain ilmu canggih seperti teori evolusi, teori conservation energy, dan teori wireless communication semuanya dijana menggunakan kaedah percubaan dan pemerhatian. Semuanya berdasarkan kecekapan pemerhatian pacaindera manusia seperti mata (deria penglihatan), telinga (deria pendengaran), hidung (deria bau), mulut (deria rasa), dan kulit (deria sentuh).
Contoh: ahli sains dapati apabila mereka menggerak-gerakkan magnet maka arus elektrik akan terhasil, dan sebaliknya apabila mereka alirkan arus elektrik maka medan magnet akan terhasil (dapat dikesan). Maka mereka mendapat idea baru untuk mengaplikasikan kedua-dua ilmu ini untuk mengadakan satu alat di mana boleh menukar dari gelombang bunyi kepada arus elektrik dan dari arus elektrik kepada gelombang magnet (electromagnetic wave). Gelombang elektromanetik boleh "meluncur" diudara, di angkasaraya dengan mudah, maka mereka mencipta satu lagi alat untuk menukar dari gelombang magnet kepada arus elektrik dan dari arus elektrik kepada gelombang bunyi. Hurray! Tercipta satu alat bernama "hanfon" (atau radio)!
Semasa menjana ilmu komunikasi tanpawayar ini (hanfon), mereka tidak mengambil kira kesan sampingan ke atas manusia, alam sekitar, dan sebagainya. Apa yang mereka tahu ialah barang-barang ciptaan mereka berguna kepada manusia, ada nilai komersial. Maka atas dorongan ekonomi ini pelbagai jenis hanfon direkacipta, semakin lama semakin kecil hanfon, semakin canggih, semakin berkuasa tinggi, semakin luas liputan, dan sebagainya.
Mereka tidak sedar bahawa "peluncuran gelombang elektromagnetik" di angkasaraya boleh "melintas" dan "menembusi" dinding-dinding bangunan, kulit dan anggota tubuh-badan manusia (sel-sel), dan segala kehidupan lain. Mereka tidak sedar bahawa sel-sel juga berkomunikasi secara tanpa-wayar, bercantuman secara "ikatan kimia dan elektrik", dan sebagainya. Oleh yang demikian "pencerobohan" atau pencemaran pancaran elektromagnetik boleh membawa kemudaratan kepada sistem alam, kepada penghidupan lain, kepada alam sekitar seperti yang dijelaskan dalam ayat Az-Zariyat 51:8 "menjadikan akal fikiran bercelaru" dan 51:9 "menjadikan sel-sel berubah dari standard state (natural, tabi'i) kepada satu state baru" .
Pemurnian Ilmu: Ilmu Ontology (Al-Quran) Menambah-nilai Ilmu Epistemology (Sains)
Kita ambil contoh mudah bagaimana ilmu ontology (ilmu dari Al-Quran) boleh memurnikan ilmu epistemology (ilmu sains). Misalnya pemurnian (pengislaman) ilmu komunikasi tanpa wayar. Pada siri-siri yang lepas kita telah melihat sepintas lalu bagaimana ayat-ayat Az-Zariyat 51:1-4 menjelaskan ilmu komunikasi tanpa wayar. Pada ayat seterusnya iaitu 51:5-6 Allah menjelaskan bahwa teknologi wireless communication belum berlaku lagi pada zaman Nabi, namun ianya pasti akan berlaku (dan sudah terbukti ianya berlaku pada zaman kita ini).
Pada ayat 51:7 Al-Quran memberitahu bahwa terdapat banyak lorong-lorong mikrowave di angkasa-raya yang boleh digunakan untuk meluncurkan gelombang elektromagnetik. Perkataan "hubuk" bermakna seperti kesan pergerakan ular pada permukaan padang pasir (seperti gelombang). Lihat makna gambar di bawah makna "hubuk", dan beginilah bentuk gambar gelombang elektromagnetik.
Ayat 51:8 Allah menjelaskan kesan dan bahaya kepada manusia, iaitu akan membuatkan mereka menjadi berbeza-beza pendapat iaitu akal fikiran mereka menjadi bercelaru, suka kepada pendapat yang yang berbeza biarpun pendapat mereka salah (tidak selari dengan kahendak Al-Quran).
Pada ayat 51:9 Allah SWT menjelaskan bukan sahaja akal-fikiran manusia jadi terganggu, jadi bercelaru, malah akan menukar dan mengubah state sel-sel, ion, molekul, DNA dan sebagainya kepada "state baru" yang berubah sifat (dari sifat asal yang natural) kepada sifat yang tidak normal.
Sila lihat lexicon Arabic-English Edward William Lane. Misal lihat kepada makna perkataan "hubuk" dan juga perkataan "afaka/ya'fiku" yang membawa makna "menukar state asal sesuatu benda kepada state atau keadaan lain" (change its state or manner from its original mode).
Lihat dan kaji ayat 51:7-9 ini bagaimana Al-Quran menjelaskan dengan terperinci akan bahaya dan kesan buruk pencemaran sinaran elektromagnetik kepada minda manusia dan juga kesan buruk kepada fitrah sel-sel kehidupan kepada "mode baru" yang tidak kompatibel antara sesama sel-sel (tidak boleh berkomunikasi).
Pada hari ilmu dan teknologi komunikasi tanpa wayar digunakan dengan meluas tanpa had, sedangkan Al-Quran menjelaskan bahwa ini adalah asas kepada setiap penjadian, iaitu 7 ayat pertama (51:1-7) merupakan blok asas kepada hukum pembinaan segala kejadian, termasuklah teleportation.
Oleh yang demikian, tanpa "I OK", tanpa "Islamization of Knowledge" ilmu-ilmu yang dijana secara epistemology, secara sains pemerhatian ini, secara penggunaan panca-indera boleh membawa kesan buruk kepada alam. "I OK" ialah untuk memurnikan ilmu "epistemology" dengan hukum dan fitrah alam supaya segalanya menjadi baik, menjadi selamat, menjadi teratur dan harmoni.
Dengan kemurahan dan rahmah Allah SWT maka kitab Al-Quran diturunkan untuk menjelaskan ilmu-ilmu diluar batas pemikiran manusia, untuk menjelaskan hukum, fitrah, dan peraturan alam. Oleh kerana Al-Quran menjelaskan segala-galanya, semua perkara (An-Nahla 16:89), menjelaskan dengan mendalam lagi terperinci (Isra 17:12), dan tidak ada satu benda pun yang tidak dijelaskan (Al-An'am 6:38), malah mengajar manusia bagaimana untuk memahami ayat-ayat Al-Quran, maka marilah kita sama-sama berganding bahu menjayakan projek Quranpedia. Quranpedia adalah "prasarana ilmu" terpenting bagi umat Islam untuk melakukan "I OK" dan menjana value-added economy.
Contoh Ontology Dari Al-Quran
Tadi kita telah melihat beberapa contoh tentang ilmu epistemology, iaitu ilmu yang dijana secara induktif berdasarkan pemerhatian, seperti ilmu "ayam berkokok sebelum subuh", magnet boleh menjana arus elektrik, dan arus elektrik boleh menjana gelombang magnet.
Sekarang kita lihat ilmu ontology yang akan kita jana dari kitab Al-Quran iaitu secara deduktif, iaitu dari usul (premis) umum kepada spesifik konklusi.
Contoh Pertama
Ayat 51:7 (usul-1) Di angkasa-raya terdapat banyak lorong-lorong EMW.
Ayat 51:8 (usul-2) Fikiran manusia boleh menjadi bercelaru.
Konklusi: Oleh itu terdapat gelombang-gelombang EM yang merosakkan fikiran manusia.
EMW = electromagnetic wave (gelombang elektromagnetik)
Contoh ke-dua:
Ayat 51:7 (usul-1) Di angkasa-raya terdapat banyak lorong-lorong EMW
Ayat 51:9 (usul-2) EMW boleh membalikkan kedudukan pusingan asal elektron (fitrah asal)
Konklusi: EMW mengganggu sifat asal (fitrah) pusingan elektron (sel-sel kehidupan)
Cuba perhatikan apabila kita menukar ayat-ayat muhkamat kepada ayat-ayat mutasyabihat (ayat-ayat yang sama makna), maka kita akan dapat menjana banyak usul-usul (propositions). Contoh yang saya kemukakan di atas adalah di antaranya beberapa yang mudah.
Contoh ke-tiga:
Ayat 51:7 (usul-1) Di angkasa-raya terdapat banyak lorong-lorong EMW
Ayat 51:9 (usul-2) Elektron yang sudah terpusing boleh menjadi "misbehave" (tidak kembali kepada sifat normal)
konklusi: Ada sesetengah sel-sel boleh menjadi "misbehave" dan tidak dapat berkomunikasi dengan sel-sel lain.
Maka antara ilmu ontology (ilmu dari Al-Quran) yang boleh kita jana dari 3 ayat ini (51:1-3) ialah:
1) Angkasa-raya mempunyai banyak lorong elektromagnetik (EMW)
2) Terdapat lorong-lorong (EMW) yang merbahaya kepada akal fikiran manusia.
3) Terdapat lorong-lorong (EMW) yang merbahaya kepada sel-sel kehidupan (tetapi boleh menjadi normal).
4) Terdapat sel-sel yang elektronnya terpusing secara kekal dan tidak dapat kembali kepada keadaan normal (kepada sifat asal, fitrah), langsung menjadi rosak.
Saya berharap tuan-puan para pembaca dan pengkaji dapat sedikit ilmu pada siri kali ini seperti faham istilah "ontology" dan "epistemology", dan juga tahu bagaimana untuk menjana premis (usul) dan konklusi dari pemerhatian pacaindera (untuk menjana ilmu epistemology), dan tahu membina usul dan konklusi dari ayat-ayat Al-Quran untuk menjana ilmu ontology.
Wallahu a'lam.
bersambung ....
Tidak ada komentar:
Posting Komentar