Jumat, 06 November 2009

Al-Quran Menerangkan Tenaga Foton Membawa Data

Oleh: Ahmad Khalid Yong, khalidyong@gmail.com


Pengenalan
Pada siri yang lepas kita telah mengkaji ayat 51:1 yang mengandungi 3 patah perkataan ‘wau’, ‘Az-Zaariyat’, dan ‘Zarwa’ di mana Allah menjelaskan satu makhluk kejadianNya yang penting kepada manusia iaitu ‘Az-Zaariyat’ yang menabur dengan teramat banyak dan terbang dengan teramat pantas. Ahli Sains mendapati semasa elektron keluar dari orbitnya akan berlaku penaburan foton yang begitu banyak kira-kira 1,000,000,000,000,000 foton sesaat, dan tenaga ini bergerak dengan teramat pantas iaitu 300,000,000 meter/saat. Subhanallah!

Pada hari ini kita akan mengkaji ayat 51:2. Seperti ayat 51:1, ayat 51:2 juga mengandungi 3 patah perkataan iaitu ‘Fa’, ‘Al-Haamilat’, dan ‘Wiqra’. Kita akan mengkaji bagaimana Allah menjelaskan tenaga foton ini boleh membawa muatan atau data yang banyak. Kita juga akan mempelajari serba sedikit tentang perbezaan antara tenaga bunyi dan tenaga cahaya sebab Allah SWT menggunakan perkataan ‘Wiqra’ iaitu muatan yang tidak boleh didengari.

Surah Yang di Kaji (yang menerangkan ICT)Mari kita melihat semula ayat-ayat yang kita kaji. Surah Az-Zaariyat diturunkan di Mekah dan mengandungi 60 ayat. Terdapat 11 ayat yang berturut-turut iaitu dari 1 hingga 11 yang menjelaskan tentang teknologi canggih dan terkini iaitu ICT/komputer dan juga kesan kepada manusia. Di bawah ini adalah 4 ayat yang kita sedang kaji yang jelas menerangkan fenomena ICT. Kali ini kita akan mengkaji ayat ke 2 yang bermakna “Dan Demi Kekuatan pembawa-pembawa muatan”. Terjemahan di bawah adalah dipetik dari kitab Fi-Zilalil Quran karangan Syed Qutb sebagai rujukan kita.


Penjelasan Penyambung ‘Fa’Ayat 51:2 ini yang bermakna “Maka Demi Al-Haamilat Yang Membawa Muatan yang banyak” dimulakan dengan kata penyambung ‘Fa’ yang bermakna ‘Maka’. Ini menunjukkan berlaku berkaitan yang rapat antara ayat 51:1 dan 51:2. Allah menjelaskan berlakunya satu perubahan (transformation atau metamorphosis) daripada “Az-Zaariyat” kepada “Al-Haamilat”. Penggunaan perkataan ‘Fa’ juga bermakna untuk ‘Al-Haamilat’ berlaku, mestilah terlebih dahulu berlaku ‘Az-Zaariyat’. Jadi ‘Al-Haamilat’ = ‘Az-Zaariyat + muatan’.



Gambarajah 51:2 Menunjukan spektrum gelombang-mikra atau tenaga foton.
Kalau kita lihat dari segi ICT tanpa wayar, data hanya boleh dikodkan atau dimuatkan ke ‘dalam’ Al-Haamilat (gelombang mikro) setelah foton dijana (oleh Az-Zaariyat). Tetapi pertalian dan kesinambungan proses perubahan (metamorforsis) amat penting sebab pengkoddan (permuatan) data adalah penjanaan tenaga foton itu sendiri. Nanti kita akan mengkaji dengan lebih dekat lagi kenapa ‘Al-Haamilat’ tidak boleh mendahului ‘Az-Zaariyat’.

Penggunaan Perkataan ‘Al-Haamilat’Perkataan ‘Al-Haamilat’ berasal dari perkataan dasar ‘hamala’ yang bermakna membawa. Kenapa Allah menggunakan perkataan ‘hamala’ dan bukannya perkataan ‘ahdara’ atau ‘naqala’ yang juga bermakna membawa atau mengangkut. Perkataan ‘hamala’ bermakna membawa dengan cara ‘mengandung’ seperti ibu yang mengandung kita panggil ibu yang hamil, maksudnya ‘anak dan ibu’ seperti satu badan, atau satu jasad yang tidak boleh diasingkan atau dipisahkan.
Oleh itu penggunaan perkataan ‘Al-haamilat’ adalah amat tepat untuk menjelaskan muatan yang dibawa itu adalah melalui tenaga foton atau gelombang-mikro (elektromagnetik) sebab muatan (data) dan gelombang adalah benda yang sama (jasad yang sama) yang tidak dapat dipisahkan. Kita akan bahaskan perkara ini di siri yang akan datang.

‘Wikra’
Wikra bermakna muatan berat (atau banyak) yang tidak dapat didengari. Dalam bahasa arab, ada beberapa perkataan lagi yang boleh membawa makna muatan seperti syihnah atau ‘abaa’. Perkataan ‘wikra’ digunakan kerana Allah mengajar manusia bahawa muatan yang dimaksudkan itu ialah bukannya gelombang bunyi tetapi gelombang mikro. Kita akan mengupas perkara ini dengan lebih mendalam lagi pada siri yang akan datang.

KesimpulanHari ini kita menerukan kajian kita melihat kebesaran dan kemukjizatan Al-Quran yang menjelaskan tentang ilmu dan teknologi canggih dan terkini iaitu ICT (atau komputer) yang terkandung dalam ayat surah Az-Zaariyat ayat 1 hingga 11. Kita sudah mengkaji ayat 51:1 yang menjelaskan tentang tenaga foton yang ditaburkan oleh elektron apabila melompat keluar dari orbitnya. Ayat 51:2, Allah mengatakan ‘al-Haamilat’ ini adalah hasil perubahan (metamorfosis) dari ‘Az-Zaariyat’.
Ayat ini juga menjelaskan cara data itu dibawa iaitu secara ‘mengandung’ di mana data dan gelombang tidak dapat dipisahkan, samalah seperti gelombang mikro yang membawa data dimana ‘data’ (wikra) dan ‘pembawa atau pengandung’ (Al-Haamilat) adalah satu jasad yang tidak dapat dipisahkan. Allah juga menjelaskan data atau muatan (wikra) ini adalah muatan yang tidak boleh di dengar. Apakah faedahnya dan kehebatan perkataan ‘wikra’ ini? Insyaallah pada siri akan datang kita akan mengkaji ayat 51:1 ini dengan lebih mendalam lagi.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar