Selasa, 24 November 2009

"Amalan Solehan"="Pembaikkan Sepanjang Hayat"="Continuous Improvement"="Kaizen"

Salam untuk semua,

Alhamdulillah sambutan terhadap Siri Kajian "Al-Quran dan ICT" amat baik dan mengkagumkan. Semoga Allah SWT akan terus memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua untuk terus mengkaji ayat-ayat Al-Quran, melihat Kebesaran, Keesaan dan ke Agongan Allah SWT melalui kitab yang penuh mukjizat ini.

Bagi mereka yang ingin sama-sama mengkaji, saya sertakan "Diagram" ringkasan keseluruhan tafsiran Az-Zaariyat 51:1-11 semoga kita semua mendapat "helicopter view" tentang apa yang akan kita bincangkan nanti. Oleh kerana ayat-ayat ini mengandungi ilmu-ilmu yang canggih dan terkini, saya syorkan tuan-puan para pengkaji/pembaca mengetahui serba sedikit tentang electromagnetic field, atom/electron/photon, subliminal technique/influence, subconscious mind, inductive/deductive thinking, neurons, dan sel-sel (cuba faham sel membran seperti phospholipids).


Al-Quran Jelaskan Biotek & Nanotek

Ketiga-tiga kajian kita (Otak Menggunakan Elektromagnetik, Matahari Terbit Dari Barat, dan Mengubati Perangai Manusia/Penyakit Otak) ini melibatkan bidang bio dan nanoteknologi. Maka dengan memahami ilmu asas biologi, kimia, dan fizik ini akan banyak membantu tuan-puan untuk memahami ayat-ayat yang akan kita kaji nanti.

Sebagai contoh, dengan mengetahui pembinaan (the building blocks) membran phospholipids kita akan faham bagaimana elektromagnetic field boleh menendang keluar Kalsium dari sel membran dan diganti dengan potasium yang lemah (monovalent), begitu juga kekurangan Omega-3 dalam sel membran membuatkan manusia menjadi "kurang siuman" dan menyebabkan pelbagai masalah mental.

Saya tidak akan menjelaskan dengan panjang lebar tentang ilmu-ilmu ini sebab ianya boleh dilayari dalam internet dengan mudah dan lebih jelas. Tambahan pula saya bukanlah pakar dalam semua bidang, maka ada baik sekiranya kita semua sama-sama mengkaji dan berfikir.

Al-Quran Menjelaskan EFA, Sel Membrane, Phospholipids

Misalnya kanapa Al-Quran menggunakan perkataan Al-Haut (ikan besar/laut), dan tidak menggunakan "As-Samak" (juga bermakna ikan), dan apa kaitannya dengan EFA (asid lemak) seperti omega-3 dan omega-6, dan kepentingan dalam pembentukan perangai manusia. Dengan itu kita akan faham bagaimana Al-Quran mengajar umat Islam "menternak ikan", bukan semata-mata hanya untuk membuat untung. Dan kita faham apakah hukum dan peraturan bagi menternak ikan menurut Islam.

Menjana Ekonomi

Islam tidak sepatutnya dilihat sebagai "cost center" sebab Al-Quran mengandungi 10 lautan-dakwat ilmu dan teknologi. Al-Quran mampu menjana ekonomi besar, teramat besar, mampu mengganti hasil petronas (yang dijangka akan kering pada 2027 sekiranya tidak ada penemuan baru). Kenapa tidak diadakan Islamic MSC (atau Islamic MDec)? Selagi Islam itu dianggap "pusat perbelanjaan", menghabiskan beratus juta duit rakyat setiap tahun, maka selagi itulah Islam tidak akan berkembang, tidak akan dihormati, dipandang mulia, malah umat Islam semakin terumbang-ambing dan dicemuh.

Kita memang bersyukur dan berbangga dengan pelbagai program dakwah dan kreativiti pendakwah/penceramah, kadang-kadang membuatkan kita tersenyum tersimpul-simpul apabila diselit dengan pelbagai lawak jenaka, pantun gurindam, dan data-data yang agak menarik (dapat menambah ilmu).

Islam adalah pembina tamadun, pengembang ilmu, pencipta teknologi, penjana ekonomi, dan pengembira umat Islam.

Apa Boleh Buat?

Bagi mereka yang hendak mengambil bahagian dalam ekonomi dan membuka peluang pekerjaan kepada umat Islam (dan bukan Islam) mungkin boleh memikirkan dan menambah-baik buku teks tasawur Islam dengan membuat "buku multi-media" yang mengandungi ketiga-tiga topik ini. Antara kebaikkannya ialah pelajar Islam akan berfikir secara "deduktif", belajar Sains dan ICT dalam "environment deduktif", dan dapat mengimbangi pemikiran Induktif (inferens/dzon), pelajar akan melihat kehebatan dan kemukjizatan Al-Quran, kebesaran dan keagongan Allah SWT melalui kacamata Sains dan ICT. Agama dan Sains/ICT tidak terpisah.

Bagi sesiapa yang "lagi advanced" bolehlah mereka-cipta alat dan sistem pertahanan otak dan minda, alat mengesan kelemahan sel-sel otak (neuron) dan badan, mereka-cipta 'makanan' penguat sel dari lemak ikan, minyak zaitun, buah tamar dan anggur, dan sebagainya.

Bagi sesiapa yang berminat Wireless Communication bolehlah memikirkan bagaimana untuk "upgrade" TDMA yang menggunakan pulsed EM pada frekuensi 217Hz (untuk kompres suara digital) yang merbahaya kepada manusia dan alam sekitar dan menyelamatkan bumi Allah dari "pencemaran ghaib" ini.

Membina Prasarana

Tidak ada mana-mana negara Islam yang ada prasarana/sistem pentadbiran Islam, prasarana mengkaji Al-Quran, prasaran/sistem pendidikan, dan sebagainya. Semuanya boleh dibuat sekiranya kita bersatu tenaga, dan saling bekerja-sama, bantu-membantu. Sekiranya semua prasarana yang dinyatakan dalam Al-Quran dibangunkan, Malaysia boleh membuka satu ekonomi baru yang amat besar yang boleh membantu negara-negara Islam, dan menyelamatkan bumi dari bencana "pencemaran ghaib yang dibuat oleh tangan-tangan manusia sekarang".

Tugas kita terlalu banyak, hentikan persengketaan sesama kita. Marilah kita mengkaji Al-Quran dan menunaikan kewajipan kita menjalankan hukum dan peraturan yang terkandung di dalam Al-Quran.

Menjana KPI Islam

Kekuatan konsep "Amalan Solehan" yang disebut 180x dalam Al-Quran seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat Islam. Lihatlah bagaimana Amerika boleh maju dengan mengamalkan konsep yang sama yang dipanggil "continous improvement", dan Jepun dengan konsep "Kaizen". "Amalan Solehan" atau "Pembaikkan Sepanjang Hayat" adalah konsep yang amat hebat dan seharunya menjadi KPI terpenting dalam setiap pekerjaan atau aktiviti.

Biarlah saya ulangi beberapa kali, Allah SWT berkata hanya orang yang mengamalkan "Pembaikkan Sepanjang Hayat" sahaja yang boleh berjumpa denganNya diakhirat nanti (18:110). Al-Quran mendefinasikan "Pembaikan Senjang Hayat" sebagai perbuatan atau pekerjaan membaikkan atau memperelokkan sesuatu benda atau keadaan seperti mengembirakan anak-anak yatim atau mereka-cipta sistem atau peralatan yang dapat membaikki atau mengembirakan seperti mengubati perempuan mandul supaya dapat hamil.

Janganlah kita bayangkan "amalan solehan" itu hanya sebagai orang-orang yang mengasingkan diri sentiasa duduk dalam masjid 24 jam beribadat kepada Allah SWT, membaca Quran khatam tiap-tiap bulan tanpa mengetahui apa yang dia baca, yang hanya asyik berzikir dan berdoa sahaja tanpa mengambil kira masyarakat sekeliling dan alam sekitar.

"Pembaikkan Sepanjang Hayat" ini sepatutnya menjadi KPI, identiti dan jati diri setiap umat Islam.

Wallahu A'lam.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar